Tuesday, October 28, 2008

Pesta Buku Alaf 21

Nampaknya Pesta Buku Alaf 21 akan kembali lagi bermula 31 Okt sehingga 2 November ini. Saya rasa teringin hendak bertemu dengan penulis-penulis lain yang saya pasti akan hadir di pesta itu. Jarak yang jauh antara sebab saya selalu tidak dapat hadir ke pesta buku dan jemputan yang diberi oleh Alaf 21. Walaubagaimanapun saya pasti akan cuba mencuri masa satu hari nanti untuk bersama-sama warga Alaf untuk bertemu dengan penulis-penulis lain dan juga mendekati peminat-peminat setia novel-novel Alaf 21. Untuk Alaf 21, terima kasih di atas jemputan untuk jamuan Hari Raya pada 24.10.2008 yang lepas, tetapi maaf sekali lagi kerana tidak dapat menghadirkan diri kerana tidak dapat bercuti.
Untuk pembaca yang telah membaca novel saya "Sandaran Hati", terima kasih di atas komen-komen membina yang saya terima setakat ini. Ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus berkarya. Untuk Ketua Kelab Alaf 21, terima kasih kerana memasukkan blog saya di dalam senarai penulis yang ada di Kelab Alaf 21. Terima kasih untuk semua.

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sesungguhnya saya terlupa untuk singgah sebentar di rumah saya ini sebelum bercuti panjang untuk hari raya. Walaubagaimanapun, rasanya masih belum terlambat untuk saya membuat ucapan hari raya memandangkan kita masih lagi di bulan Syawal yang mulia ini. Jadi...kepada sesiapa yang sudi singgah di laman saya ini, saya ucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, September 24, 2008

Bicara Tentang Novel "saat Mencintaimu" dan "Pencarian Adleena"

Saya bukan bermaksud nak masuk bakul angkat sendiri...tapi kalau nak berbicara tentang novel sendiri apa salahnya kan?

Dua-dua novel saya ni banyak mengisahkan tentang prosedur mahkamah dan perundangan.

Dalam novel "Saat Mencintaimu", kalau yang berminat nak tahu serba sedikit tugas "Majistret" di mahkamah dan bagaimana satu-satu perbicaraan di mahkamah dijalankan, boleh lah membacanya. Di dalam novel ini saya ada ceritakan tentang bagaimana seseorang majistret menjalankan tugas reman di mahkamah, membuat pemeriksaan mayat di hospital dan menjalan kan perbicaraan di mahkamah.

Dan dalam novel "Pencarian Adleena" pula, ia lebih banyak berkisarkan tentang siasatan polis dan peguam dalam satu kes jenayah. Ia juga ada mengisahkan tentang pertembungan dan perbicaraan di mahkamah yang dijalankan oleh Shameer (hero) dan Adleena (heroin) di dalam kisah ini. Jadi kalau sesiapa yang suka kisah-kisah penyiasatan, terutama dalam kes bunuh, bolehlah membacanya.

Anyway, setiap orang punya citarasa yang berbeza. Ada yang suka kisah romantik, kisah cinta, kisah seram, kisah komedi, kisah misteri dan penyiasatan. Dan saya yakin setiap penulis mahu menulis satu cerita yang dapat memberi kepuasan kepada pembaca kerana pembaca telah mengeluarkan duit untuk membeli novel mereka. Terima kasih kepada semua pembaca yang telah membaca novel-novel saya....Aini Marisha/Nurul Astiqha

Monday, August 25, 2008

Hmmm....

Masa mula-mula saya menulis, tidak pernah terlintas yang saya akan mempunyai novel sendiri yang akan diterbitkan dan dijual di kedai-kedai buku. Saya dulu hanya menulis untuk mengisi lapang dan ingin menzahirkan anganan yang seringkali bermain-main di fikiran saya. Tetapi takdir ALLAH...tiada siapa yang dapat menduga. Kini saya telah mempunyai 4 buah novel sendiri. Puas hati? Rasanya belum lagi. Nama saya masih tidak se "gah" penulis-penulis yang sedia ada yang telah lebih dahulu bertakhta di hati peminat-peminat novel. Saya mengukur baju di badan sendiri.....masih banyak lagi yang saya perlu pelajari. Sokongan dari kawan-kawan dan keluarga yang berpanjangan membuatkan semangat saya tetap kuat untuk menulis walaupun kebelakangan ini saya rasakan masa untuk menulis sangat terhad. Memang masa amat mencemburui saya.

Sudah lama sebenarnya saya tidak menulis kerana saya masih tidak dapat mencari masa yang membolehkan saya duduk dengan tenang dan agak lama di hadapan komputer. Kesibukan masa juga menyebabkan saya tidak dapat berfikir dengan tenang dan membuat kajian-kajian lebih lanjut untuk novel-novel saya yang selanjutnya. Adakah masalah ini akan membuatkan saya mengucapkan selamat tinggal pada dunia penulisan? Hmmm.......saya harap tidak kerana menulis adalah minat dan hobi yang telah lama subur di dalam hati saya. Menulis adalah salah satu luahan hati yang boleh menenangkan perasaan saya. Walau bagaimana sukar pun, saya tetap akan berusaha untuk menulis dan menyiapkan cerita-cerita saya....InsyaALLAH....

Buat suami tercinta...thanks a lot.

Monday, August 18, 2008

Ku tunai Janji

Pagi ini semasa sedang bersiap-siap untuk memulakan kerja, saya menerima panggilan talipon dari Ruby. Katanya....."novel you sebenarnya dah ada di kedai buku. Dah seminggu dah..." Tidak tahu apakah yang bermain di fikiran saya ketika itu. dan...sudah semestinya saya begitu gembira kerana memang telah lama saya menunggu perkara ini terjadi.
Saya pernah berjanji bahawa saya akan mewar-warkan apabila novel sulung saya bersama Alaf 21 dikeluarkan. Dan kini mimpi saya telah menjadi kenyataan. Impian saya telah menjadi satu realiti. Anganan saya untuk menjadi salah seorang penulis di Alaf 21 telah saya genggam. Terima kasih Alaf 21 kerana menerima karya saya yang tidak seberapa. Saya berharap kawan-kawan dan peminat-peminat novel Melayu sudi membaca hasil nukilan saya ini dan memberi komen dan pendapat membina agar saya lebih bersemangat untuk menulis lagi.....

Oh ya...satu lagi. Tentang nama Aini Marisha.....
Nama ni dipilih oleh Alaf 21 menggantikan nama Nurul Astiqha yang saya gunakan sebelum ini. Apa-apapun...yang penting pemilik nama ini walau siapa pun dia....orangnya tetap sama....

Akhirnya....."Sandaran Hati oleh Aini Marisha



NOVEL TERBARU DARI ALAF 21 KINI BERADA DI PASARAN!

KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.
Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropolitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia. Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.
Puas berdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan. "Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

Tuesday, June 24, 2008

TANAH MELAYU

Saya memang tidak pandai berbicara mengenai politik atau isu-isu panas begini. Tetapi dari masa selepas pilihanraya ke-12 yang lepas sehingga kini, hati ini rasa begitu gelisah lebih-lebih lagi apabila pelbagai isu hangat dan mengejut sering dipaparkan di dada akhbar dan media massa. Kemenangan tipis UMNO, kemenangan mengejut pembangkang di lima buah negeri iaitu Perak, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain. Pergolakan politik yang hebat dan permusuhan dan kecaman antara Tun Mahathir dan Pak Lah. Tindakan Tun Mahathir keluar dari UMNO dan berbagai-bagai lagi. Memang panas sehingga saya tidak betah untuk duduk dengan selesa. Bimbang dengan negara Tanah Melayu yang sememangnya milik orang-orang Melayu tetapi kaum lain mula menuntut hak sama rata walaupun mereka sedar (atau pura-pura tidak sedar) bahawa mereka dahulunya hanyalah pedangang di tanah melayu ini. Saya menyokong ucapan Yang Mulia Raja Dr. Nazrin Shah mengenai keadaan orang Melayu di Malaysia ini. Memang saya akui amat sedih melihat orang-orang Melayu di Malaysia sekarang ini yang majoritinya adalah orang Islam. Orang Islam bermusuhan dan kata mengata di antara satu sama lain dan berpecah belah. Sikap ini sebenarnya merugikan orang Melayu sendiri terutamanya dalam pilihanraya yang akan diadakan. Akhirnya nanti saya bimbang Malaysia ini akan jatuh ke tangan orang bukan Melayu yang memang kita tahu sedang menunggu-nunggu saat-saat itu terjadi.
Orang-orang Cina walau tinggal di Malaysia, mereka akan tetap bergabung dengan orang-orang Cina. Saya rasa kesannya sudah mula kelihatan di dalam pilihanraya yang ke-12 yang lepas. BN kalah kerana ramai orang Cina yang menyokong DAP iaitu parti yang majoritinya adalah untuk orang Cina dan mereka memperjuangkan nasib orang Cina dan orang Cina yakin DAP akan dapat melindungi hak mereka di Malaysia ini.
Sekarang ini orang Melayu telah berpecah kepada 3 kumpulan politik. UMNO, PAS dan KEADILAN. Bukalah mata wahai semua orang Melayu. Jika anda terus begini, maka tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan jadi seperti negara Singapura. Dimiliki dan diketuai oleh orang Cina dan orang Melayu pula merempat di tanahair sendiri. Renungkanlah dan bayangkanlah jika ini terjadi. Apa yang akan terjadi pada anak-anak kita di masa hadapan? Takkan kita sanggup membiarkan mereka menderita dan hidup miskin di Malaysia sedangkan tanahair ini memang milik kita dan kita yang perlu mentadbirnya?

Fikir-fikirlah. Orang Melayu mesti bergabung dan kukuhkan semula benteng pertahanan kita. Orang lain boleh berjanji macam-macam seperti manifesto pilihanraya yang dibuat oleh pembangkang sebelum ini tetapi perlaksanaannya mengapa sehingga kini belum dilaksanakan? Kita bimbang, jika janji hanya tinggal janji. Dan yang merana adalah orang Melayu kerana hanya mampu melihat sahaja kejayaan demi kejayaan yang orang luar raih di tanahair kita sendiri.

MELAYU MESTI MUAFAKAT

Melayu mesti kuat dan jangan melupakan jasa generasi lama sehingga menjadi Si Tanggang lalu bersifat angkuh, bongkak dan sengaja mengasingkan diri daripada akar bangsa.
Bahkan tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas tempat bergantung. Begitu titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ketika merasmikan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) baru-baru ini yang membuat saya teruja untuk memberikan pandangan.
Sesungguhnya, sejarah perjuangan orang Melayu memang sering seperti onak dan duri dan kiambang bertaut apabila biduk berlalu. Ia sudah menjadi asam garam kehidupan orang Melayu. Orang Melayu kononnya akan bersatu apabila ketuanan Melayu tercabar dan kedaulatan raja tercemar.
Apakah ini benar dan mampukah Melayu bertaut seperti kiambang selepas biduk berlalu?
Apakah budaya perjuangan kita memungkinkan kita bersatu jika soal mencari kemewahan dan kegilaan terhadap pangkat dan status menjadi asas perjuangan? Bolehkah orang Melayu menjadi kuat lagi mempunyai jati diri tinggi jika ekonomi masih dikuasai kaum lain? Di manakah jihad ekonomi kita? Siapakah yang mengkhianati bangsa dan menjadi pembelot agama, yang seolah-olah bercakap benar tetapi hakikatnya menjadi musang berbulu ayam sekali gus ibarat sokong membawa rebah.
Yang pasti, orang Melayu kini berpecah tidak tentu pasal akibat pemikiran kita yang jumud, falsafah hidup dan perjuangan yang bersimpang siur lagi berkecamuk. Akibatnya, kita hilang pedoman, bertikam lidah sesama sendiri dan berjuang tanpa pemikiran dan falsafah jelas. Kita sudah hampir menjadi musafir di bumi sendiri akibat ideologi dan perjuangan tidak bertempat. Apakah ini jihad politik atau jihad membela ketaksuban pemimpin yang pasti membawa rebah? Kita bermusuh dan berkawan dengan rela tanpa usul periksa sama ada pakatan benar-benar tulen atau ada agenda tersembunyi?
Justeru, insaflah wahai orang Melayu bahawa jika kita mengkhianati perjuangan datuk nenek kita yang bermandi darah berjuang memerdekakan tanah air dari penjajah, maka janganlah kita sekali-kali menderhaka dan berlagak sombong serta lari dari perjuangan mempertahankan kepentingan Melayu.
Saya menyeru supaya kita bermuafakat tanpa kerenah dan melakar impian bersama agar orang Melayu perkasa, berjiwa besar sekali gus mempunyai jati diri tinggi. Jika tidak, kita akan menang sorak kampung tergadai.

PROF. MADYA MOHAMAD MD. YUSOFFUSM

Wednesday, June 18, 2008

Novel Baru

Sebenarnya hati saya dah lama teruja ingin menulis mengenai novel baru saya ini tetapi memikirkan selama ini ia hanya masih di peringkat perbincangan, saya pendamkan sahaja ia kejap-kejap di dalam hati. Hari demi hari, saya dapat rasakan impian saya semakin menjadi kenyataan. Rasanya semua sudah selesai, perjanjian juga telah ditandatangani. Saya hanya perlu menunggu beberapa bulan lagi untuk melihat ia berada di kedai buku dengan mata saya sendiri. Ah! memang sudah tidak sabar. Tetapi saya bimbang untuk menyatakan tajuk yang telah dipersetujui antara saya dan penerbit. Jadi...saya dan kawan-kawan yang menanti novel saya itu harus sabarkan diri lagi buat sementara waktu (saya harap).

Dan apabila tiba waktu itu, saya akan war-warkan ia di rumah saya ini dan saya harap akan menerima ulasan dan komen mengenainya.

Sekian,

Kesibukan

Memang agak lama saya tidak singgah dan menulis di rumah saya ini. Sibuk? Ya, saya memang agak sibuk kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi pada cuti sekolah yang lepas, saya berkursus selama seminggu dan kemudian pergi bercuti bersama keluarga selama seminggu lagi di negeri pantai timur dan ke Pulau Redang. Dua minggu tidak hadir ke pejabat, bermacam-macam pula perkara yang harus diselesaikan. Pening kepala tetapi tugas tetap tugas dan ia juga satu amanah yang diletakkan atas bahu kita.
Bercakap mengenai "kesibukan" saya percaya semua orang kata "saya memang seorang yang sibuk" tambahan bagi seorang wanita yang bekerja, telah menjadi seorang isteri dan ibu. Tugas kita bukan hanya di pejabat tetapi juga di rumah. Malah sebenarnya tugas kita lebih banyak di rumah. Kadang-kadang rasa macam tempoh 24 jam itu terlalu singkat berlalu. Sedar tidak sedar, bulan berganti begitu cepat dan tahun baru datang tanpa disedari. Anak semakin membesar dan mula pandai mempersoalkan itu ini dengan kedua ibu bapanya.
Bercakap mengenai anak pula, saya teringat semasa anak saya masih kecil. Apabila hendak keluar berjalan, senang saja. Dukung dan bawa dia masuk ke kereta. Dia akan mengikut sahaja tanpa bantahan, hanya rengekan manja yang memang menjadi halwa telinga yang sangat indah. Tetapi kini apabila hero itu sudah mula membesar, sudah bersekolah, banyak pula yang ditanyanya. "Nak ke mana ni mama?" nak ke kedai, jawabku. "Kedai mana? Nak beli apa?"
Kadang-kadang tak terjawab setiap persoalannya. Tetapi bagus bukan? Nampaknya anak kita telah membesar dengan baik dan hasil dari ilmu pengetahuan yang kita ajarkan kepadanya, menjadikan dia seorang yang boleh dan bijak berfikir untuk mengetahui sesuatu perkara yang dia ingin tahu.

Walau apapun, saya kini bahagia menjadi seorang isteri dan seorang ibu. Walau tanggungjawab dan tugas bertambah namun hati gembira dan lapang kerana setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas untuk suami dan anak, ALLAH telah menjanjikan ganjaran dan pahala yang besar buat kita. Walau tidak mampu menjadi yang terbaik, namun sehingga sekarang saya masih mencuba.

Wassalam

Tuesday, May 13, 2008

NABI MUHAMMAD (SAW) MAKHLUK TERAGUNG


Nabi Muhammad (saw) meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.
Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
1. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
2. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
3. Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
4. Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
5. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
6. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
7. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
8. Wajahnya seperti bulan purnama
9. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
10. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
11. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
12. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
13. Mulut baginda sederhana luas dan cantik
14. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
15. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
16. Janggutnya penuh dan tebal menawan
17. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
18. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
19. Rambutnya sedikit ikal
20. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
21. Rambutnya terbelah di tengah
22. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
23. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
24. Seimbang antara kedua bahunya
25. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
26. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
27. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
28. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
29. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
30. Warna kulitnya putih tapi sehat
31. Kulitnya putih lagi bercahaya
32. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
33. Badannya tidak gemuk
34. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
35. Perutnya tidak buncit
36. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan. Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

Monday, May 12, 2008

Doa seorang Isteri Muslimah

DOA SEORANG ISTERI MUSLIMAH

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikalKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu

Ya Allah ...
sesungguhnya. . Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pertama sekali hendaklah kita mengikhlaskan diri kita dalam mencari ilmu Allah..
Buangkan jauh-jauh sikap syakwasangka dan sombong dalam diri..

sekarang kita mulakan...

Manusia diberi akal untuk berfikir..hati untuk merasai..
Kita diajar untuk percaya pada ketentuan Allah. Sebenarnya semua kesusahan dan kerosakan di muka bumi ini disebabkan kita tidak mahu berfikir tentang keWUJUDan dan keBESARan ALLAH.

Apa buktinya?

Buktinya kita perlu tanyakan pada diri kita sendiri.
Seandainya kita benar-benar merasai Allah itu WUJUD dan MELIHAT dan MENDENGAR nescaya kita tidak akan sudi untuk melakukan laranganNYA dan sentiasa senang melakukan suruhanNYA.

Semuanya bermula dengan iman iaitu yakin dan percaya akan KEESAAN ALLAH.
Cabarlah diri kita...apabila kita baca ayat-ayat ALLAH dan menghayati maknanya nescaya kita akan merasai suatu perasaan yang membenarkan ayat-ayat itu. Bacakanlah ayat-ayat ALLAH itu pada sesiapapun samada islam atau bukan islam. Jauh dalam diri mereka akan membenarkan ayat-ayat Allah.

Disinilah masalah yang perlu diambil PERHATIAN sebenarnya...

Tahukan anda mengapa setiap manusia itu akan terdetik dalam hati mereka ‘rasa’ untuk membenarkan ayat-ayat ALLAH? Inilah tanda-tanda kekuasaan ALLAH Maha Pencipta. Allah tidak menzalimi makhluknya dengan membiarkan mereka terbiar tanpa 'bekal' untuk mengenaliNYA.

Dalam diri setiap manusia itu ALLAH 'bekal'kan dengan ROH dan hakikat sebenarnya, ROH itu berasal dari ALLAH. Oleh sebab itulah setiap manusia yang di bacakan pada mereka ayat-ayat ALLAH akan merasakan kebenarannya...semua perasaan itu berpunca daripada ROH. Masya'Allah...

"Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. "
(AI-Hijr:28-29)

Bagaimana menghidupkan ROH?

ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.

Mengapa membaca ayat-ayat ALLAH tidak mampu membuat hati merasai keWUJUDan ALLAH?

Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu berinteraksi dengan TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL.

[38.29] (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.

Jadi, Apa penyelesaiannya?

Penyelesaiannya ialah buangkan sikap SYAK DAN SOMBONG supaya kebenaran ayat-ayat ALLAH itu mampu meresap ke dalam HATI.Seterusnya hati akan bersetuju dengan kehendak ROH iaitu membenarkan, me’rasa’i dan menikmati keWUJUDAN ALLAH S.W.T.
AWASILAH bisikan syaitan yang sentiasa menghasut hati. Gunakanlah anugerah AKAL yang ada pada semua manusia untuk berfikir dan mendidik HATI supaya membenarkan kehendak ROH untuk bermunajat dengan PENCIPTANYA.

Tanda-tanda orang beriman..

Iman itu adalah percaya pada ALLAH. Dengan percaya kita akan mampu untuk merasai KEWUJUDAN ALLAH. Apabila kita telah benar-benar memahami IMAN maka kita akan dapat lihat banyaknya hikmah di sebalik KALAMULLAH. Kita akan dapat merasai sebenar-benarnya tanda-tanda KEBESARAN ALLAH dimana-manapun kita berada dan apa-apapun yang kita lihat. Tanda-tandanya hanya dapat di’rasa’i oleh orang-orang yang berusaha berfikir dan mencari KEBENARAN.


KESIMPULANNYA.

Ceritalah apa jua masalahpun...PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY, MASALAH NEGARA DAN APA JUA MASALAHPUN...apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.

[2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Mulakanlah dengan diri sendiri..kemudian keluarga dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH dan orang-orang yang beriman itu tidak dapat dibohongi oleh mereka yang pura-pura beriman.

Akhirnya marilah kita baca dan hayati makna Ayat dan hadith berikut :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Dalam sebuah hadits, digambarkan isi kandungan AL QURAN itu yang maksudnya sebagai berikut :

“Ali bin Abu Thalib r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : “Nanti akan terjadi fitnah (kekacauan)”. Ali bertanya : “Apakah jalan keluar dari kekacauan itu ya Rasulullah?”. Nabi s.a.w menjawab : “Kitab Allah (Quran). Di dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum dan sesudah kamu, hukum (peraturan) untuk menyelesaikan perselisihan di antara kamu. Quran itu perkataan yang tepat (berisi) bukan senda gurau (omong kosong). Siapa yang meninggalkan ajaran Quran, kerana takut kepada penguasa, nescaya orang itu akan dibinasakan Allah. Siapa yang mencari petunjuk selain dari Quran nescaya akan disesatkan Allah. Quran itu tali (hubungan yang teguh) dari Allah, pengajaran (peringatan) yang penuh hikmah, jalan yang lurus (benar). Kemauan tiada akan sesat apabila mengikutinya, lidah tidak akan keliru menyebut apabila menurutinya. Ahli ilmu tiada bosan untuk tetap mempelajarinya. Tiada usang kerana dibaca berulang-ulang dan keajaibannya tiada habis-habisnya. Ketika jin mendengar Quran, sampai mengucap : “Sesungguhnya kami mendengar Quran sangat mengagumkan, memimpin kepada kebenaran, lalu kami mempercayainya”. Siapa yang berkata menurut Quran, dia akan memperoleh pahala. Siapa yang menghukum menurut Quran, dia bersikap adil. Siapa yang memanggil kepada ajaran Quran, sesungguhnya dia dipimpin ke jalan yang lurus”.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Hakim)


SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR...

WASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.....

To Daddy

So touching...

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5 year old son waiting for him at the door.
"Daddy, may I ask you a question?"
"Yeah, sure, what is it?" replied the man.
"Daddy, how much money do you make an hour?"
"That's none of your business! What makes you ask such a thing?" the man said angrily.
"I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?" pleaded the little boy.
"If you must know, I make $20.00 an hour."
"Oh, " the little boy replied, head bowed.
Looking up, he said, "Daddy,may I borrow $10.00 please?"
The father was furious. "If the only reason you want to know how much money I make is just so you can borrow some to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you're being so selfish. I work long, hard hours everyday and don't have time for such childish games.
"The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even madder about the little boy's questioning. How dare he ask such questions only to get some money.
After an hour or so ,the man had calmed down, and started to think he may have been a little hard on his son. May be there was something he really needed to buy with that $10.00 and he really didn't askfor money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.
"Are you asleep son?"he asked.
"No daddy, I'm awake," replied the boy.
"I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier," said the man.
"It's been a long day and I took my aggravation out on you. Here's that$10.00 you asked for."
The little boy sat straight up,beaming.
"Oh, thank you daddy!" he yelled. Then, reaching under his pillow, he pulled out some more crumpled up bills.
The man, seeing that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, then looked up at the man.
"Why did you want more money if you already had some?" the father grumbled.
"Because I didn't have enough, but now I do," the little boy replied.
"Daddy,I have $20.00 now... Can I buy an hour of your time?"

Berhati-hati dengan pelbagai teknik penjenayah

Mana-mana benda yang baik, memang patut disebarkan untuk makluman bersama agar kita dapat mengelak dari menjadi mangsa penjenayah yang semakin berleluasa di negara kita ini. Ini adalah e-mail yang saya baca di salah sebuah group yang ada di internet dan saya sebarkan untuk semua yang masuk ke blog saya.

PASTIKAN IA DISEBARKAN

My sis in-law penah kena mcm kes ke-2 tu. Rumah dia tiba2 takder air. Masa tu 10.30pm. Tp dia ingat mmg bekalan air terputus, so dia biar jer. Lgpun dah mlm...esok pg dia tanya neighbour, neighbour dia kata rumah dia ada air. So, dia pi check kat meter, rupanya ada org tutup. Dia bgtau my brother & my brother suh dia simpan air dlm rumah, just in case...belikan tong besar isi air. So, klu mlm2 ada kes camtu lagi...jgn keluar pi bukak paip kat meter. Betul pun..tak smpi sebulan jadi lagi. Kul 10pm dia pegi bilik air, ada air pastu kul 11.30 pegi...air takder. Next day nak pi keje tgk lagi kat meter tu...ada org tutup lagi. Cara terbaru yg digunakan pencuri untuk memerangkap mangsanye .

Kes pertama, dengan mendatangi rumah dan mengatakan ada surat utk orang yg beralamat dirumah tersebut. Kawan-kawan nye yg lain akan bersembunyi bg mengelakkan tuan rumah dpt melihatnye. Kes ini telah berlaku berhampiran dgn rumah saya. Rumahnye di datangi oleh lelaki yg tidak dikenali dengan mengatakan ada surat untuk Azhar. Tuan rumah (perempuan) tersebut hanya bercakap dengan lelaki ini melalui pintu rumahnye. Setelah hampir setengah jam berdebat dengan lelaki tersebut, tuan rumah ini memanggil jiran dibelakang rumahnye.. Jirannye (Lelaki berbadan agak besar) bersemuka dengan lelaki tersebut melalui pintu pagar hadapan dan terperanjat apabila melihat disebalik tembok tersebut ada 2 org lelaki lagi. Setelah melihat jiran tuan rumah itu, lelaki tersebut berlalu pergi.

Kes ke-2 dimana punca bekalan air utama diluar rumah dimatikan . Pencuri menggunakan cara ini utk memerangkap mangsanye apabila tuan rumah tersebut ingin membuka semula paip air itu..

Kes ke-3, dengan menggunakan tangisan bayi .Peluang pencuri adalah apabila tuan rumah tersebut cuba mencari punca tangisan bayi tersebut. Kesemua kes tersebut berlaku sekitar jam 11.30 mlm dan ke atas. Jangan cuba keluar dari rumah sekiranye anda seorang berada di rumah. Tolong sebarkan perkara ini untuk keselamatan kite semua.
Happy reading...;-P
Ah Beng bought a new mobile.He sent a message to everyone from his Phone Book & said,'My Mobile No. Has changed.Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'

Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

Ah Beng : People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,Oh GOD! U have come again.

Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing,except the TV in my house.'
Police: 'How the thief did not take TV?'
Ah Beng : 'I was watching TV news...'

Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'

How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.

Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.So the man asked him why he did so.
He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot.

Ah Beng in a bar and his cellular phone rings.
He picks it up and says 'Hello, how did you know I was here?'

Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'

Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'
Servant: 'It's already raining.'
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM.

Reasons Why I never visit my rich friend

Reasons why I never visit my rich friend

Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : "What would you like to have...? Fruit juice, Soda,Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?"
Answer : " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea, Bush tea, Honeybush tea, iced tea or green tea?"
Answer : " Ceylon tea"
Question : "How would you like it? Black or white?
Answer : "white"
Question : "Milk, or fresh cream?
Answer : "With milk"
Question : "Goat's milk, or cow's milk"
Answer : "With cow's milk please.
Question : "Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer : "Um, I'll just take it black."
Question : "Would you like it with sweetener, sugar or honey?"
Answer : "With sugar"
Question : "Beet sugar or cane sugar?"
Answer : "Cane sugar"
Question : "White, brown or yellow sugar?"
Answer : "Forget about the tea, just give me a glass of water instead."
Question : "Mineral water, tap water or distilled water?"
Answer : "Mineral water"
Question : "Flavored or non-flavored?"
Answer : "I think I'll just die of thirst"
Thank you.

Friday, May 9, 2008

Ayat Kursi

SEJARAH AYAT KURSI
>
> Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
>
> Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
>
> Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
> "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
>
> Sabda baginda lagi;
> "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
>
> Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
>
>
>
> Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
>
>
>
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
>
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
>
>
>
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
>
>
>
> Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
>
> Rasullullah s. a. w. bersabda,
> " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.... >
>
>

Wednesday, May 7, 2008

Untuk Ingatan Bersama

Saya baru dapat e-mail ini. Dan jika benar, saya harap umat Islam lebih berhati-hati dan banyakkan berdoa agar kita dilindungi Allah (s.w.t) dan ditetapkan iman. Pohon juga supaya kita akan tetap hidup dan mati dengan agama Islam yang mulia ini.

DEAR ALL FELLOW MUSLIM,

PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIM.. SEKARANG NIE KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN ..1900 ORANGPADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINISEKARANG.MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN JENAMA (AIRMINERAL):-
1. AL -BARAMKAH
2.AL-MANSORI
3. AL-BISTARIA
P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU JUAL MURAH, SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER'

TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH &DLL.
SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM), AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE ...SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Kehebatan Surah Al Ikhlas


Au zubillah himinashsyaitannirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah S.A.W pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Friday, May 2, 2008

Bersedekah Hendaklah Barang Yang Baik

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
Sayyid Qutub berkata: “Ayat-ayat yang lepas telah menjelaskan asas amalan sedekah dan di atas asas-asas inilah ditegakkan amalan sedekah dan dari asas-asas inilah terbitnya amalan sedekah. Asas-asas inilah yang menghendaki agar pemberian sedekah itu dilakukan dengan harta yang paling baik.
“Ia tidak seharusnya dilakukan dengan harta yang kurang mutunya atau harta yang tidak baik yang tidak disukai oleh tuan punya sendiri. Andainya harta yang tidak baik ini dikemukakan kepadanya dalam satu akad jual beli tentulah dia tidak mahu menerimanya kecuali dengan menurunkan harganya. Allah SWT adalah Maha Kaya dari menerima harta sedekah yang tidak baik dan buruk”.
Firman Allah SWT: Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Ibnu Jauzi mengatakan, sebab turun ayat ini ada dua pendapat:
Pertama: Golongan Ansar mula mendapat hasil tanaman buah kurma yang lebih nescaya ia membawa ke masjid dan menggantungkannya supaya dimakan oleh orang fakir Muhajirin sehingga turunnya ayat ini seperti pendapat al-Bara’ bin ‘Azib.
Kedua: Bahawa Nabi perintah dengan zakat fitrah, tiba-tiba datang lelaki dengan tamar yang buruk lantas turunnya ayat ini. Inilah pendapat Jabir bin Abdillah.
Maksud nafkah di sini terbahagi kepada dua pendapat:
Pertama: Sedekah yang wajib seperti kata Ubaidah al-Salmani.
Kedua: Sedekah yang sunat.
Adapun berkenaan dengan maksud baik dengan dua pendapat:
Pertama: Yang baik pada lagi bernilai seperti pendapat Ibn Abbas.
Kedua: Yang halal seperti pendapat Abu Ma’qal.
Ibnu Kathir berkata: “Allah SWT perintahkan hamba-hambanya beriman supaya berinfak. Dimaksudkan di sini ialah dengan bersedekah daripada harta yang diusahakan atau buah-buahan dan tanaman dengan memilih yang terbaik kerana Allah tidak terima kecuali yang baik”.
Sayyid Qutub berkata, ia adalah satu seruan umum kepada orang-orang yang beriman di setiap zaman dan dalam setiap generasi. Ia meliputi segala harta kekayaannya yang dapat dicapai oleh daya tenaga; ia meliputi segala hasil pendapatannya dari pencarian yang halal dan baik.
“Ia meliputi segala hasil bumi yang dikeluarkan Allah untuk mereka seperti hasil-hasil pertanian dan bukan pertanian termasuk logam-logam dan minyak petrol. Oleh sebab itulah nas ini meliputi segala jenis harta sama ada harta yang diketahui di zaman Rasulullah atau harta yang baru diketahui (selepas zaman baginda).
“Nas ini tetap meliputi dan merangkumi segala jenis harta, tiada satu harta yang baru ditemui di mana-mana zaman terlepas dari nas ini. Semuanya diwajibkan zakat mengikut nas ini. Adapun kadar-kadar zakat (yang wajib dikeluarkan) maka ia telah dijelaskan oleh al-Sunnah berdasarkan jenis-jenis harta yang terkenal di zaman itu dan di atas kadar-kadar dan dengan jenis-jenis harta inilah diqiaskan dan dihubungkan jenis-jenis harta yang lain yang baru ditemui,” katanya.
Ada beberapa riwayat mengenai sebab diturunkan ayat ini dan tidak mengapa disebutkan di sini untuk menghadirkan hakikat kehidupannya yang dihadapi oleh al-Quran (di zaman itu) dan hakikat usaha yang dicurahkan oleh al-Quran untuk mendidik dan mengangkatkan jiwa manusia ke tahapnya yang wajar.
Ibn Jarir meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: “(Ayat ini) diturunkan kerana orang-orang Ansar. Dahulu kebiasaan orang-orang Ansar apabila tiba masa memotong buah-buah kurma mereka mengeluarkan dari kebun-kebun mereka tamar-tamar muda yang belum masak lalu mereka gantungkannya di atas tali yang direntangkan di antara dua tiang di masjid Rasulullah SAW.
“Kemudian dimakan oleh orang-orang Muhajirin yang miskin, tetapi ada seorang lelaki sengaja memilih buah-buah tamar yang paling rendah mutunya lalu dimasukkannya bersama tandan tamar yang muda itu dengan anggapan harus membuat begitu”.
Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya.
Sayyid Qutub berkata: “Begitu juga hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Bara’ dan katanya: Hadis ini adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari dan Muslim, tetapi keduanya tidak mengeluarkan hadis ini.
Ibn Abi Hatim pula meriwayatkan hadis ini dengan isnadnya dari satu saluran yang lain daripada Al-Bara’ r.a katanya: “Ayat ini diturunkan kerana kami, kami adalah tuan-tuan kebun kurma. Setiap orang membawa (mengeluarkan) buah kurmanya (untuk sedekah) mengikut banyak atau sedikitnya. Ia membawa dengan tandanya sekali lalu digantungkannya di dalam masjid. Pada masa itu ahli-ahli al-Suffah tidak mempunyai makanan.
“Apabila seseorang dari mereka merasa lapar dia datang ke tempat itu dan memukul tandan itu dengan tongkatnya lalu gugurlah buah-buah tamar muda dan tamar yang masak dan ia pun memakannya. Di waktu itu ada orang dari kalangan mereka yang tidak suka membuat kebajikan membawa tandan buah-buah tamar yang paling baik dan buah-buah tamar yang rendah mutunya. Ia membawa tandan tamar yang telah patah lalu digantungkannya (di dalam masjid) oleh itu turunlah ayat”.
Firman Allah SWT: Padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan kamu menurunkan harganya.
Al-Bara’ berkata: “Jika seseorang dari kamu dihadiahkan dengan buah kurma seperti yang diberikannya itu tentulah dia tidak akan menerimanya kecuali kerana mengambil mudah atau kerana malu. Selepas itu setiap orang dari kami membawa buah tamar yang baik yang ada padanya”.
Firman Allah SWT: Dan Ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Al-Maghari berkata: “Ketahuilah sesungguhnya Allah kaya dan tidak perlu kepada infak kamu. Tetapi ia memerintahkan kamu dengannya bagi manfaat kamu sendiri. Justeru jangan kamu mendekatkan sedekah kamu kepadanya dengan apa yang tidak diterima daripada keburukan kerana ia adalah yang berhak bagi segala kepujian atas kesempurnaan nikmatnya”.

Apa Dah Jadi?

Harga beras terus naik

ALOR STAR 1 Mei — Penduduk di negeri ini berhadapan dengan kenaikan harga antara 15 hingga 40 peratus walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberi jaminan harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan.
Semalam, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, beras super tempatan ditetapkan antara RM16.50 dan RM17.50 bagi sekampit 10 kilogram.
Namun tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, Kedah yang terkenal sebagai negeri jelapang padi turut tidak terkecuali daripada mengalami kenaikan harga beras.
Tinjauan di sekitar bandar raya ini, mendapati hampir kesemua jenis beras naik mendadak sekitar 15 hingga 40 peratus.
Harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50 berbanding sebelum ini RM8 dan beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini.
Bagi beras Jati pula, paket lima kilogram dijual dengan harga RM11.50 berbanding RM10.60 sebelum ini manakala beras Jati seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM21.50 berbanding RM19.50 sebelum ini.
Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kilogram mengikut gred.
Sementara itu, tinjuan Persatuan Pengguna Kedah (Cake) juga mendapati bekalan beras super tempatan 15 peratus hancur berkurangan di pasaran tempatan di negeri ini.
Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, ada sesetengah kedai yang telah kehabisan terus stok beras jenis berkenaan.
“Bagaimana kerajaan berkata beras tersebut dikawal sedang ia tiada dalam pasaran. Yang banyak terdapat ialah beras berjenama dijual 15 hingga 40 peratus lebih tinggi.
“Kenyataan Shahrir tidak disokong oleh fakta. Beliau sepatutnya turun padang dan membuat pemeriksaan mengejut,” kata Yusof.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kenaikkan harga beras di pasaran tempatan.
“Kerajaan perlu tegas dan berani mengambil tindakan terhadap mereka yang menaikkan harga bahan ini,” katanya.
Menurutnya kerajaan juga perlu menyelaraskan kawalan harga beras tempatan dan import bagi membendung penipuan membabitkan beras campuran tempatan dan import yang diberi pelbagai nama dan didakwa sebagai beras import.
Katanya dalam isu kenaikkan harga beras, peniaga tidak boleh dipersalahkan kerana mereka juga membeli pada harga lebih tinggi daripada pengilang.
Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar bandar raya ini dan Jitra juga mendapati hampir semua jenis beras naik antara 15 hingga 40 peratus.
Misalnya beras tempatan Jati Special yang biasanya dijual pada harga RM18.50 sekampit seberat 10 kilogram (kg) kini dijual antara RM23.90 dan RM26.
Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kg mengikut gred.
Beberapa pemborong beras di Alor Star pula berkata, harga seguni beras yang mereka beli dari pengilang naik antara 30 dan 50 peratus.

Wednesday, April 30, 2008

Terima kasih kepada Penerbit-Penerbit yang telah menerbitkan novel saya

Tajuk post ini sahaja telah jelas maksudnya kan. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penerbit-penerbit yang telah sudi menerbitkan hasil nukilan saya, especially kepada Tintarona. Tintarona telah memberi peluang pertama kepada saya untuk berkongsi hasil cerita saya kepada penggemar-penggemar novel melayu dan ini memberi semangat kepada saya untuk terus menulis. Bukan imbuhan sebenarnya yang menjadi kejaran atau impian, tetapi semuanya kerana minat yang mendalam untuk menulis. Syukur ALHAMDULILLAH kerana ALLAH(s.w.t) memberikan saya keistimewaan ini. Diharap saya akan dapat menulis cerita-cerita yang lebih baik untuk dikongsi bersama.
InsyaALLAH, saya akan menghantar lagi manuskrip saya ke Tintarona untuk diterbitkan kerana saya bukanlah kacang lupakan kulit.

Thursday, April 24, 2008

Menanti Novel Baru

Hari demi hari saya menunggu. Tidak sabar rasanya menanti kelahiran baby baru yang ke-4. Diharap yang ke-4 ini akan membawa perubahan besar pada diri saya sejak bergelar sebagai penulis novel. Ya....baby baru ni, insyaALLAH akan diterbitkan oleh Alaf 21. Harap-harap segera berada di kedai-kedai buku.

Kepada kawan-kawan, pembaca yang telah membaca novel-novel saya yang sebelum ini, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Tolong doakan saya agar saya mempunyai banyak lagi idea-idea yang boleh digubah dan diolah menjadi satu cerita yang menarik untuk dibaca.

Friday, April 18, 2008

PENUBUHAN SURUHANJAYA UNTUK MELANTIK HAKIM

Suruhanjaya ditubuh - Bagi kenal pasti, cadang nama calon hakim – PM
Oleh AMIRUDDIN HARUN dan NOR ZAINAH NORDIN



Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad.

KUALA LUMPUR 17 April - Kerajaan mengumumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon-calon hakim kepada Perdana Menteri.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan perkara itu berkata, suruhanjaya tersebut akan membantu menilai dan menapis calon-calon secara sistematik dan berwibawa berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas.
Bagaimanapun katanya, hak perlembagaan Perdana Menteri untuk mengemukakan nama-nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong terus kekal.
Berucap pada makan malam Majlis Peguam Malaysia di sini yang dihadiri oleh lebih 500 peguam, beliau turut mengumumkan langkah kerajaan menyemak terma perkhidmatan dan gaji hakim-hakim serta bayaran ex-gratia sebagai penghargaan kepada enam hakim yang terbabit dalam krisis badan kehakiman pada 1988.
Beliau berkata, semakan itu perlu memandangkan wujudnya permintaan dan keperluan mendesak untuk meletakkan jawatan kehakiman pada tangga yang sepatutnya bagi memastikan ia mampu menarik serta mengekalkan bakat yang terbaik.
Perdana Menteri menjelaskan, bayaran ex-gratia itu akan diberikan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung, Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.
Bayaran ex-gratia itu juga katanya, akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.
‘‘Kerajaan mahu mengiktiraf sumbangan enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka menegakkan keadilan dan mengakui penderitaan serta kesengsaraan yang mereka lalui.
“Walaupun pengiktirafan ini terlewat 20 tahun, ia dibuat dengan penuh harapan bahawa kesengsaraan dan kehilangan itu masih boleh sembuh,” katanya dalam ucaptama itu yang bertajuk Delivering Justice, Renewing Trust.
Bayaran kepada Eusoffe dan Wan Suleiman yang telah meninggal dunia akan dibuat kepada waris dan ahli keluarga mereka.
Majlis makan malam itu turut dihadiri Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.
Turut hadir ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Salleh dan isteri turut hadir manakala Eusoffe diwakili cucunya, Brenda Lim dan Wan Suleiman oleh balunya, Puan Sri Siti Nurhayati dan anaknya, Wan Noor Azli.
Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengandaikan bayaran yang diberikan kerajaan itu setimpal dengan sumbangan para hakim tersebut tetapi berharap ia diterima sebagai tanda membetulkan kesilapan yang berlaku.
Walaupun legasi 1988 masih menghantui negara sehingga ke hari ini, beliau menyeru semua pihak, baik peguam mahupun rakyat untuk meneruskan perjalanan dengan melakukan pembaharuan.
‘‘Secara peribadi, saya melihat krisis 1988 tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sekali lagi, marilah kita meneruskan hidup. Tidak bijak untuk mengungkit perkara lama. Rakyat mahukan perubahan dan kemajuan,” katanya.
Abdullah berkata, kerajaan telah memulakan langkah penting ke arah pembaharuan dan pihak yang berkenaan - kehakiman, peguam, masyarakat sivil dan orang awam - kini perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu perubahan itu.
‘‘Marilah kita bersama-sama menulis bab baru ini,” katanya.
Mengenai penubuhan suruhanjaya itu, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan mencadangkan perubahan tersebut bagi menjadikan proses menamakan calon, pelantikan dan kenaikan pangkat lebih telus serta berperwakilan.
“Proses untuk membawa perubahan ini akan bermula sekarang dan saya memberi jaminan kepada anda semua di sini hari ini, bahawa rundingan mengenai fungsi dan struktur suruhanjaya itu akan membabitkan pihak berkepentingan yang utama.
“Semua pihak akan mempunyai peluang untuk menyediakan input mereka kepada kerajaan,” jelasnya.

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI.

- Para isteri pun boleh baca
Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Monday, April 14, 2008

KEMBALIKAN KUASA KEHAKIMAN

TINGKAT KREDIBILITI: Raja Dr Nazrin dan Abdul Hamid tiba pada majlis pembukaan Persidangan Tahunan Majlis Hakim Malaysia, di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah semalam bertitah, suasana sekarang amat sesuai untuk melakukan perubahan dalam badan kehakiman bermula dengan memastikan kuasa kehakiman dikembalikan kepada badan berkenaan. Sehubungan itu, baginda bersetuju supaya ditubuhkan Suruhanjaya Kehakiman untuk membuat perakuan berhubung pelantikan hakim kepada Perdana Menteri yang seterusnya perlu berbincang dengan Persidangan Raja-Raja. "Beta gembira mendapati bahawa sejak beberapa tahun lalu, Perdana Menteri semakin banyak berbincang secara berkesan dengan Persidangan Raja-Raja.
"Ini selaras dengan semangat Perlembagaan dan beta berpendapat ini menyebabkan keyakinan terhadap badan kehakiman semakin bertambah," titah baginda pada Persidangan Hakim-hakim Malaysia di sini. Lebih 90 Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta Pesuruhjaya Kehakiman menghadiri persidangan tiga hari itu. Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Azmi dan Hakim Besar Malaya Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Raja Dr Nazrin menegaskan, badan kehakiman mesti sentiasa mempertahankan fungsi dan semangat Perlembagaan Persekutuan tanpa mengorbankan doktrin pengasingan kuasa, Rukun Negara dan kebebasan badan itu sendiri dalam menegakkan sistem keadilan.
"Hakim selaku nadi dalam sistem keadilan dan perundangan negara diberi tanggungjawab besar dalam mentafsir dan mempertahankan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan. Sebarang keputusan pentadbiran yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan mampu mengakibatkan undang-undang tertinggi kita itu menjadi tidak relevan. "Hakim perlu sensitif dengan fungsi dan semangat Perlembagaan Persekutuan, iaitu melindungi hak setiap rakyat, bukan saja untuk memastikan keadilan tapi juga bagi mempertahankan integriti negara," titah baginda. Merujuk pelbagai dakwaan salah laku yang melanda badan kehakiman sejak kebelakangan ini, baginda menyifatkannya sebagai zaman kritikal dalam sejarah negara. "Apa yang mendukacitakan mengenai tanggapan rendah terhadap badan kehakiman kita sekarang ialah ia pernah disanjung tinggi. Penghakiman yang dibuat oleh mahkamah kita pernah menjadi sebutan di negara Komanwel. Hakim kita pernah dihormati kerana keputusan yang bijak dan adil.
"Reputasi sebegitu hanya boleh dikekalkan jika standard tinggi yang diamalkan itu dapat dilaksanakan secara konsisten. Namun, ini tidak berlaku. Dalam tempoh 20 tahun lalu, kebebasan dan integriti badan kehakiman terhakis. Akibatnya, berlaku kehilangan keyakinan terhadap sistem kehakiman. "Semua ini adalah titik hitam terhadap maruah dan reputasi kita dan ia berpotensi melemahkan malah menghancurkan negara," titah baginda. Sambil menegaskan Malaysia memerlukan satu 'kebangkitan dalam badan kehakiman', Raja Nazrin bertitah jika pentadbiran sesuatu negara itu tidak baik, pelabur akan mencari negara lain. "Tidak cukup untuk kerajaan sekadar menjanjikan kekayaan, rakyat turut mementingkan kebebasan dan perlindungan. .. daripada rasuah, penindasan," titah baginda. Baginda menegaskan, jalan penyelesaian perlu difikirkan dengan menangani isu secara realistik bagi mengatasi masalah ini supaya badan kehakiman akan lebih kuat di masa depan. Justeru, Mahkamah Persekutuan sendiri perlu mengambil pendekatan lebih terbuka terutama ketika menyemak semula keputusan terdahulu yang mungkin mengakibatkan ketidakadilan. "Tidak boleh dinafikan bahawa ada penghakiman Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mungkin menimbulkan kebimbangan di kalangan pengamal undang-undang dan orang awam. "Jika ada keputusan yang mungkin mengakibatkan berat sebelah kepada mana-mana pihak, ia perlu diperbetulkan di peringkat Mahkamah Persekutuan dan tidak dibiarkan kekal sebagai catatan perundangan kita. "Mencapai keadilan dan membawa perubahan dalam keadaan ketidakadilan adalah perkara induk yang menjadi asas dalam sistem perundangan dan keadilan yang bertamadun," titah baginda. Raja Nazrin bertitah, badan kehakiman perlu dikembalikan statusnya dalam Perlembagaan seperti yang pernah dinikmatinya sejak Merdeka sehinggalah 20 tahun lalu. Jika itu tidak dilakukan, doktrin pengasingan kuasa yang menjadi asas demokrasi di Malaysia, akan terus menjadi lemah. "Kita tidak boleh semata-mata cuba mendapatkan kegemilangan zaman silam tetapi hendaklah berusaha mencapai kejayaan lebih besar. Namun, dalam kita hendak menggapai bintang di langit, kita perlu berpijak di bumi nyata. "Selagi kuasa kehakiman tidak dikembalikan kepada kepada badan kehakiman seperti juga kuasa eksekutif diberi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet, adalah sukar untuk meyakinkan semua pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang ditadbir mengikut undang-undang," titah baginda.

KISAH B**I

Di masa pemerintahan Umar bin Kahatab (r.a) beliau pernah mengirim surat kepada para Gabenor nya diantara lain:-Jangan ada seekor babi yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang Nasarani dikalangam kamu yang yang menegakkan salib-salibnya, dan jangan menghadiri jamuan makan di dalamnya ada orang minum arak. Berlatihlah ketangkasan berkuda dan berlajarlah memanah. Semua yang diperintahkan oleh Khalifah Umar itu disepakati oleh para sahabat. Mereka sebulat suara mengharamkan penternakan babi, dan tidak membolehkan seseorang Muslim atau Dzimmi memelihara babi di Negara Islam. Bahkan Khalifah Umar memerintahkan membunuh babi di mana sahaja ditemukan- di gurun Sahara, di dalam perkampungan Muslim mahupun perkampungan dzimmi. Pada masa itu khalifah Umar telah mengadakan perjanjian dengan penduduk Al-Jazirah (kaum nasrani di Syam) bahawa mereka tidak akan memelihara babi di perkampungan kaum Muslimin dan tidak memperjual belikan arak. Perjanjian tersebut bererti kaum kafir tidak boleh memelihara babi di negara Muslim, atau di dalam kawasan penduduk Muslim. Ibnu Abbas berpendapat bahawa orang-orang kafir dilarang memelihara dan memperjual belikan babi. Sebuah riwayat yang berasal dari ibnu Abbas menjelaskan, ketika ia ditanya orang ajam ( bukanArab dan bukan Muslim), apakah mereka boleh membangunkan biara dan gereja di kawasan kaum Muslimin?. Ibnu Abbas menjawab ' Di kawasan yang dibangun oleh orang-orang Arab (Islam) mereka (yakni orang-orang ahli kitab) tidak dibolehkan membangun biara atau gereja, tidak boleh memukul genta, tidak boleh memperlihatkan arak dan tidak boleh memelihara babi". Ibnu Abbas berpendapat orang-orang kafir yang tinggal di kawasan kaum Muslimin dilarang memelihara babi. Pendapat Ibnu Abbas ini sesuai dengan keputusan Khalifah Umar. sejak saaat itu semua sahabat Nabi sepakat mengenai larangan bagi orang kafir memelihara babi di Negara Muslim. Langkah tersebut kemudian menjadi ketentuan hukum yang mereka tetapkan atas dasar "ijma"(kesepakatan sahabat) . Mereka tidak akan sepakat atas suatu hukum kecuali setelah mereka mengetahui adanya dalil syari'iy yang berasal dari ucapan, perbuatan atau keputusan Rasululullah SAW yang mereka jadikan isnad (sandaran). dengan itu kesepakatan para sahabat menjadi dalil syari'iy sebab bersumber pada suatu dalil, bukan semata-mata menurut pendapat mereka. Jelaslah bahawa memelihara babi diharamkan bagi kaum Muslimin, Nasarani, yahudi, musyirikin mahupun ateis, yang masuk dan menetap di dalam negara ummat Islam.

Wednesday, April 9, 2008

Untuk renungan bersama






Pilih makanan lebih sihat

PERUBAHAN demografi dan gaya hidup rakyat Malaysia telah menjejaskan cara mereka makan. Ramai yang makan di luar bila lebih ramai wanita bekerja sepenuh masa. Semakin kurang makanan disediakan di rumah, semakin kuranglah bilangan orang yang pandai memasak. Pengguna mahukan makanan segera, sihat dan lazat. Jadi, bagaimanakah anda boleh mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat pada era kehidupan moden sekarang?


Gunakan Piramid Makanan Malaysia untuk menukar gaya makan anda. Garis panduan Piramid Makanan Diet Sihat berbeza mengikut usia dan tahap aktiviti fizikal. Teliti piramid makanan untuk mendapatkan petua makan secara sihat – belajar mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan dan dalam sukatan yang betul.

* Makan pelbagai jenis makanan yang kaya nutrien. Anda perlukan lebih daripada 40 nutrien yang berlainan untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan secara optimum.

* Makanan kegemaran anda boleh disesuaikan dengan gaya hidup sihat. Tidak ada makanan “baik” atau “tidak baik”. Imbangkan pengambilan pelbagai makanan.

* Ambil makanan berkalori tinggi dalam jumlah yang sederhana dan seimbangkan pengambilannya dengan pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien untuk jangka waktu selebihnya. Belajar mengawal sukatan makanan. Kalori dalam makanan rendah lemak boleh menjejaskan imbangan tenaga jika jumlah yang diambil lebih daripada yang anda perlukan.



* Cuba pastikan lima sukatan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet setiap hari. Pelbagaikan dengan memilih sayuran berdaun hijau gelap, buah-buahan serta sayur-sayuran berwarna oren dan kuning, tauge dan sebagainya. Masak sayur dengan sedikit minyak tetapi jangan sampai lodoh dan makan mentah, yang mana boleh.

* Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan keperluan tenaga. Dua cawan buah-buahan dan 2½ cawan sayuran sehari disyorkan untuk pengambilan 2,000 kalori, dengan jumlah lebih tinggi atau lebih rendah bergantung tahap kalori.

* Ambil sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak atau rendah lemak sehari, atau produk susu yang bersamaan seperti keju atau yogurt.

* Ambil makanan bijirin penuh seperti roti mil penuh, biskut atau kraker mil penuh, buah-buahan dan sayuran yang menambah serat dan nutrien berharga kepada diet harian. Nasi, pasta, ubi, roti, mi dan produk bijirin adalah rendah lemak tetapi membekalkan nutrien dan serat yang berharga. Jangan lupa untuk memasaknya dengan sedikit atau tanpa lemak atau tanpa minyak.

Pengambilan pelbagai buah-buahan dan sayuran, termasuk beri biru dan bayam secukupnya boleh mengurangkan kehilangan fungsi motor dan kognisi yang dikaitkan dengan usia. Pilih pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran setiap hari, khususnya daripada lima kumpulan kecil sayuran (hijau gelap, oren, kekacang, sayuran berkanji, dan sayuran lain) beberapa kali seminggu.


* Hadkan pengambilan lemak dengan mengurangkan kuah salad dengan kandungan lemak yang tinggi, makanan bergoreng, daging diproses, lemak tepu (mentega, minyak sapi dan keju krim penuh) dan makanan berlemak tinggi yang mengandungi lemak trans seperti kek, pastri dan pai. Kurangkan minyak dalam mi goreng atau roti canai.

* Untuk menikmati pelbagai protein tanpa lemak, pilih daging dan ayam tanpa kulit. Pilih kacang dal, kacang pis, kacang dan tauhu yang kaya dengan protein, serat dan tidak mengandungi kolesterol.

* Gunakan label pemakanan sebagai panduan untuk memilih makanan yang sihat semasa anda membeli pek makanan.

* Bila terpaksa atau teringin makan snek, pilih pelbagai jenis snek rendah lemak. Cuba sandwic, popiah basah, kuih keladi kukus, buah-buahan, biskut mil penuh, yogurt rendah lemak atau bertih jagung tidak bersira.

* Minta hidangan lebih kecil apabila makan di luar. Jika makan mi goreng dan teh tarik pada sebelah pagi, pilih sajian kurang berlemak atau bergoreng untuk tengah hari dan malam atau sedikit makanan bergoreng.

* Gunakan inovasi dalam cara memasak. Cuba gril, panggang, bakar dan kukus makanan. Gunakan perasa semula jadi seperti asam jawa, kicap, bawang putih, halia, bawang, cuka dan serai untuk melazatkan masakan. Perap makanan dengan rempah asli.

* Gula boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Ingatlah untuk menggunakannya secara bijak dan terhad.

Matlamat anda mestilah realistik dan praktikal. Perubahan tidak bermakna menggugurkan sama sekali sesuatu makanan daripada diet anda. Ia bermakna mengamalkan kesederhanaan dan keseimbangan serta menukar tabiat makan yang tidak sihat.

Satu lagi komponen penting ialah senaman. Bersenamlah dengan riang. Rasai keseronokan berjalan-jalan bersama keluarga. Turun naik tangga. Berjalan ke kedai dan mencuci kereta. Buat kerja kebun seperti menanam bunga dan sayuran. Rancangkan percutian hujung minggu secara aktif.

Dapatkan nasihat yang betul tentang makanan dan pemakanan daripada pakar diet berkelayakan, yang dapat membantu merancangkan diet yang sesuai dengan anda.

(Rencana ini disumbangkan oleh Jacob’s – jenama biskut dan kraker yang dipercayai untuk pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif dan sihat).

Tuesday, April 8, 2008

Apa Dah Jadi???

Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta
Oleh AZIAN AZIZ (Utusan Malaysia)

SHAH ALAM 7 April – Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.

Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.

Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.

‘‘Ia agak mengejutkan. Saya tidak setuju dengan apa yang kerajaan Selangor nak lakukan ini dan saya minta jangan mencemarkan negeri Selangor,” katanya.

Ahli perniagaan, Azwandi Amiruddin, 29, pula ingin tahu apa niat sebenar kerajaan negeri mahu membina ladang penternakan babi ini sama ada kerana kepentingan politik atau kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga ingin tahu adakah kerajaan negeri melihat kebaikan atau keburukan projek ini dan sudahkah perbincangan mengenai isu sensitiviti rakyat serta pencemaran yang bakal berlaku telah diambil kira.

‘‘Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini?

‘‘Saya harap kerajaan negeri dapat memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat,” katanya yang menetap di sini.

Normadi Awaluddin, 40, pula meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak hanya menjaga kepentingan politik dan peribadi tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan membelakangkan rakyat.

Katanya yang merupakan seorang pengusaha gerai makanan, banyak lagi projek-projek lain yang boleh dibuat untuk kebaikan rakyat selain ladang penternakan babi jika benar kerajaan negeri benar-benar mahu mengambil hati rakyat Selangor.

‘‘Sudah tentu saya yang menetap di Selangor ini tidak bersetuju jika negeri yang maju ini kelak dicemari pencemaran dan kekotoran.

‘‘Saya berharap kerajaan negeri agar pertimbangkan suara rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

‘‘Takkan Malaysia yang merupakan negara Islam mahu dikenali sebagai pengeksport babi moden pula,” tambahnya.

Bagi pembantu tadbir kewangan, S. Vijayalakhsmi, 27, beliau memang tidak bersetuju kerajaan negeri Selangor menternak babi secara besar-besaran di Sepang ataupun mana-mana tempat lain.

Katanya, sudahlah binatang itu tidak bersih, penternakannya juga pasti akan menyebabkan berlaku rasa tidak senang kepada penduduk di kawasan berdekatan.

‘‘Di Selangor memang sudah ada penternak babi, takkan tak cukup lagi. Tolong jangan cemari negeri maju ini kerana yang susah dan tak sihat nanti tentunya rakyat,” katanya.

Kata-kata Vijayalakhsmi disokong oleh jurujual sebuah farmasi, Lim Poh Lian, 40, yang berpendapat tidak perlu ada ladang ternakan babi yang besar kerana yang ada sudah mencukupi.

‘‘Saya memang makan daging babi juga tapi tidak payah hendak bina ladang besar kerana pasti sukar untuk kawal bila dah berlaku pencemaran nanti.

‘‘Saya juga kasihan dengan penduduk setempat di mana projek itu dijalankan pasti kebersihan tempat mereka akan terancam dan risiko penyakit juga senang dapat,” katanya.

Monday, April 7, 2008

Kisah Sufiah Yusuf




Rencana ini dipetik daripada Utusan Malaysia Online.


Mendidik anak jadikan rintihan emosi Sufiah teladan

BUKAN mudah sebenarnya untuk menjadi Sufiah Yusuf - pelajar paling muda yang diterima masuk ke Universiti Oxford, ketika berusia 13 tahun. Sufiah perlu berada dalam dua dunia dan emosi yang berbeza pada masa yang sama.

Pada usia semuda 12 tahun lagi, beliau memiliki kepandaian matematik setanding pelajar universiti, sedangkan emosinya adalah emosi kanak-kanak yang baru mengenal erti remaja.

Kehidupan sosial remaja gadis sunti ini juga tidak seperti gadis seusianya.

Ketika rakan-rakan seusianya girang berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan sekelas di alam persekolahan, Sufiah tekun belajar di 'sekolah' ciptaan bapanya bersama abang Ishak Ibrahim, 15, dan kakaknya Noraisya, 14, di rumah.

Bapanya, Farooq Yusuf dan ibunya Halimahton Yusuf menjadi guru sepenuh masa di 'sekolah' khas ciptaan mereka.

Rumah adalah sekolahnya dan sekolah adalah rumahnya.

Sufiah hanya berkesempatan berasa alam persekolahan selama beberapa bulan ketika usianya tujuh tahun.

Sistem persekolahan yang tidak setanding dengan kepandaian luar biasa Sufiah menyebabkan ibu dan bapanya menyekolahkan sendiri anak-anak mereka.

Setelah itu, dunia Sufiah dan keluarganya hanyalah di rumah dan sekali sekala bertemu dengan orang luar ketika bermain tenis.

''Emosi anak-anak kami stabil,'' kata ibunya, Halimahton kepada media dua tahun lalu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Sufiah mengalami masalah psikologi apabila dewasa kelak.

Bagaimanapun e-mel Sufiah kepada kakaknya, Noraisya, setelah menghilangkan diri dari kolejnya baru-baru ini mengejutkan ibu bapanya.

Sufiah mendedahkan betapa emosi dan fizikalnya terseksa sejak 15 tahun lalu.

Lebih mengejutkan lagi, beliau lebih rela diletakkan di bawah tanggungjawab pekerja sosial daripada pulang ke pangkuan keluarganya.

Gadis sunti yang sebelum ini menurut ibu bapanya tidak gemarkan muzik pop, mendedahkan betapa dia mahu menjalani kehidupan di bandar raya dan menempuh hidup penuh glamor.

Demi menyelamatkan maruah, ibu bapa Sufiah menjadikan pengaruh pihak ketiga sebagai kambing hitam dalam mengaitkan perubahan ketara anak kesayangan mereka itu.

Faktor pengaruh luar tidak dapat ditolak.

Malah, pengaruh itu sebenarnya lebih mudah 'menjangkiti' Sufiah yang sebelum ini hanya bermasyarakat dengan ahli keluarganya sahaja.

Ditambah dengan usia mudanya, Sufiah pastinya mengalami masalah menyesuaikan diri dengan mereka yang jauh lebih dewasa daripadanya.

Kes Sufiah sebenarnya memberi pengajaran kepada kebanyakan ibu bapa di negara ini yang semakin ramai dijangkiti sindrom mendidik anak-anak ala Farooq Yusuf dan Halimahton Yusuf .

Kini bagi keluarga yang mampu, terutamanya kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah dihantar ke kelas-kelas pembelajaran khas untuk 'memaksa' anak-anak ini menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M) pada usia yang awal.

Pencapaian luar biasa anak-anak ini untuk menguasai 3M pada usia seawal mungkin, menjadi pertaruhan untuk menaikkan ego ibu bapa di dalam masyarakat.

Malah keegoan sesetengah ibu bapa yang berjaya membentuk klon-klon Sufiah ini menjadikan mereka angkuh dan seterusnya merendah-rendahkan kurikulum dan sistem pendidikan negara.

Tanpa memikirkan pelajar-pelajar lain yang tidak sepandai anak mereka, mereka memperlecehkan kurikulum pendidikan sekolah yang sedia ada dan menurut mereka perlu dirombak.

Langkah Kementerian Pendidikan memperkenal sistem lompat kelas dari tahun tiga terus ke tahun lima bagi mengiktiraf pelajar istimewa ini masih belum memuaskan hati mereka.

Mereka mahu anak-anak mereka yang luar biasa kepandaiannya ini dilayan dengan lebih istimewa.

Mereka menuntut anak-anak yang luar biasa ini dimasukkan terus ke tahap dua (tahun empat, lima dan enam).

Kesimpulannya, keluarga yang ghairah ini mahu keseluruhan sistem pendidikan dan kurikulum diubah semata-mata untuk memenuhi kehendak anak-anak mereka yang 'luar biasa' itu.

Kes Sufiah ini sebenarnya perlu dijadikan pengajaran kepada kita, khususnya kepada ibu bapa supaya tidak keterlaluan dalam merancang masa depan anak-anak.

Memaksa mereka menjadi dan berfikiran dewasa dalam usia muda akan membentuk personaliti dan emosi yang tidak seimbang yang akhirnya akan menyebabkan mereka memberontak.

Walaupun punca Sufiah meninggalkan keluarganya masih belum benar-benar dipastikan, kita seharusnya sudah boleh mengambil sedikit iktibar dan pengajaran daripada apa yang dirasai oleh Sufiah.

Masa kanak-kanak dan remaja hanya sekali dan jangka masa kehadirannya juga begitu singkat.

Berikan sedikit ruang kepada anak-anak ini untuk menikmati dan merasai keindahan zaman itu.

Oleh: ZALINA YAHAYA