Tuesday, July 27, 2010

Cuci Mata lagi




Cuci mata




Gambar atas ni ialah permandangan masa senja di Pasir Bersih, on the way nak ke Kepala Batas.Kami singgah untuk makan malam. Best makan kat situ sebab angin laut bertiup lembut, dapat makan menghadap laut yang diserikan dengan percikan cahaya lampu dari kapal-kapal yang terapung di laut....

Jalan-jalan cari makan

Salam semua, Sabtu yang lepas, saya ikut suami ke Kepala Batas. Hubby ada kursus kat sana, dan saya ni cuma menjadi peneman je lah. Actually, hubby kursus kat Kepala Batas tapi we all stay kat Safira di Bandar Sunway, Butterworth. Jauhkan....it just because of "keselesaan". Kami sukakan Safira sebab dia mcm tinggal di rumah. Tempat tu tak mcm hotel yang lain yang hanya ada satu bilik...kat situlah kita nak makan, tidor dan tengok tv. Kat Safira, ia lebih berbentuk sebuah rumah kampung, ada dua bilik tidur, fully air-condition. Ada satu meja makan. Ada ruang menonton tv yang lengkap satu set kerusi rotan. Ada sinki dan kabinet kayu(like your own house) and ada balkoni untuk merehatkan fikiran sebab balconi tu bila kita keluar ia menghadap kawasan belalang rumah yang penuh ditanam dengan pohon2 menghijau. Rental dia saya rasa berpatutan sebab my husband only paid RM184-00 per night. Memang berbaloi kan sebab ada 2 bilik.

Okey, habis tentang bilik, saya nak cerita tentang journey kat sana.Jarak dari Safira ke Kepala Batas saya rasa (kalau tahu jalan) adalah lebih kurang 15-20 minit je) tapi...hehehee....saya kesesatan begitu teruk sekali sewaktu nak ambik husband kat tempat dia berkursus tu....penat sungguh. Nasib baik kereta auto,kalau manual, mahu tercabut tempurung lutut. Ada dalam dua tiga kali jugak saya berhenti untuk bertanya orang (peribahasa Melayu kata-malu bertanya sesat jalan kan)...alhamdulillah..akhirnya sampai jugak. Masa tu perut dah berkeroncong sangat. My son pun dah merengek2 nak makan. Saya malas nak berhenti selagi tak jumpa pekan Kepala Batas tu.

So, lepas dah jumpa, baru plan nak pergi makan. Tengok kiri dan kanan, semuanya restoran mamak...sorry to say, saya tak berapa suka sangat dengan nasi mamak. Tak menepati selera saya. Saya lebih suka nasi Melayu...so just kuatkan hati untuk drive sedikit ke depan dari pekan Kepala Batas tu....dan....alhamdulillah, apa yang saya cari selama ini rupanya ada di depan saya. Actually saya dah lama terbaca tentang Kedai Ikan Bakar Din ni dan teringin nak pegi situ tapi tak ada kesempatan dan masa. Dan sekarang ALLAH berikan saya kegembiraan selepas saya agak tertekan dengan pemanduan yang agak memenatkan. Apa lagi...saya terus cari parking di tepi jalan.

Memang sah, inilah restoran yang saya cari. Waktu tu jam dah tunjukkan pukul 3.20 petang tapi orang masih lagi ramai. Saya jadi rambang mata tengok pelbagai jenis ikan dan sea food yang siap dibakar tersusun di dalam pinggan. So, menu saya adalah seperti gambar di bawah. Saya suka menu mcm tu, nasi putih panas, ulam-ulaman, ikan bakar, sambal belacan, daging salai....cukup berbaloi. Harga yang saya bayar untuk 3 orang dengan menu nasi putih, ikan siakap bakar, ayam bakar, daging salai, ulam2 dan sambal belacan, serta teh ais, semuanya berjumlah RM52-00 (not bad).

Untuk pengetahuan semua, kedai ni dibuka dari jam 10-30 pagi hingga 4.00 petang saje. So, jangan datang pukul 4.30 yek, nanti melepas nak makan ikan bakar kat sini.







Fadhilat bulan Syaaban-untuk renungan bersama

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


dipetik dari http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm