Monday, August 18, 2008

Ku tunai Janji

Pagi ini semasa sedang bersiap-siap untuk memulakan kerja, saya menerima panggilan talipon dari Ruby. Katanya....."novel you sebenarnya dah ada di kedai buku. Dah seminggu dah..." Tidak tahu apakah yang bermain di fikiran saya ketika itu. dan...sudah semestinya saya begitu gembira kerana memang telah lama saya menunggu perkara ini terjadi.
Saya pernah berjanji bahawa saya akan mewar-warkan apabila novel sulung saya bersama Alaf 21 dikeluarkan. Dan kini mimpi saya telah menjadi kenyataan. Impian saya telah menjadi satu realiti. Anganan saya untuk menjadi salah seorang penulis di Alaf 21 telah saya genggam. Terima kasih Alaf 21 kerana menerima karya saya yang tidak seberapa. Saya berharap kawan-kawan dan peminat-peminat novel Melayu sudi membaca hasil nukilan saya ini dan memberi komen dan pendapat membina agar saya lebih bersemangat untuk menulis lagi.....

Oh ya...satu lagi. Tentang nama Aini Marisha.....
Nama ni dipilih oleh Alaf 21 menggantikan nama Nurul Astiqha yang saya gunakan sebelum ini. Apa-apapun...yang penting pemilik nama ini walau siapa pun dia....orangnya tetap sama....

2 comments:

Mersik said...

Salamz Aini Marisha

Tahniah daun keladi di atas kelahiran novel ini. semoga ianya mendapat sambutan yang hangat, ngetop dan laku keras.

Mohon untuk linkkan web sdri ke blog kelab peminat alaf21.

http://alaf21fc.blogspot.com

Mersik said...

Salamz Aini Marisha

Tahniah daun keladi di atas kelahiran novel ini. semoga ianya mendapat sambutan yang hangat, ngetop dan laku keras.

Mohon untuk linkkan web sdri ke blog kelab peminat alaf21.

http://alaf21fc.blogspot.com