Friday, November 20, 2009
Posted by Nurul Astiqha/Aini Marisha at 12:28 PM 0 comments Links to this post
Thursday, November 19, 2009
Plagiat jugak...tapi apa salahnya kan kalau benda ni baik...
Catatan seorang hamba Allah:
Untuk sepupu saya Ima....kak ida pun copy jugak cerita ni ye.
Saya yang sememangnya cukup cepat tersentuh dengan kizah-kisah yang melibatkan anak-anak yatim atau orang-orang tua yang terabai, memang merasa amat sebak serta menitis air mata apabila membaca kisah ni. Saya harap kisah ini akan dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca agar mereka mencontohi sikap kanak-kanak tersebut. Rezeki ALLAH begitu banyak di bumi ini dan untuk mendapatkannnya kita perlu berusaha dengan gigih dan bukannya hanya menunggu dan mengharap begitu sahaja. Jauh di sudut hati, saya teringin hendak bertemu dengan kanak-kanak tersebut....siapakah dia agaknya ye.
Bacalah kisah di bawah....
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk,
saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk
Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di
pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki
berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik....Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia
berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma
setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih
sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak
cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu
pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu
pelanggan.
Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya
melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman,
saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak
jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak
tadi berdiri di tepi kereta. Dia meng hadi ahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih
saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan
menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan
bersahaja.
Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan
menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya. "Ambil
ni dik! Abang sedekah.... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata
ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu
menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan
kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit
tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis.. Kata mak kita mesti
bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada
saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan
jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang
yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma
ngangguk. lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!" Selepas
dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan
RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya.
Anak yatim kah?? Siapakah wani ta berhati mulia yang melahirknya? ?
Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar
kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan
kerjayanya satu penghormatan.
Posted by Nurul Astiqha/Aini Marisha at 3:22 PM 0 comments Links to this post
Tuesday, September 29, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum semua....
Macammana dengan sambutan hari raya yang lalu? Actually kita masih lagi di bulan Syawal...jadi masih lagi di suasana hari raya. Sana sini masih lagi banyak rumah-rumah terbuka diadakan. Meriah sungguh kan bila sekali sekala saudara mara, sahabat handai datang berkumpul di rumah kita. Kita pun masa tu tak menang tangan melayan segala kerenah tetamu-tetamu yang datang. Walaupun penat, tapi hari gembira. Itu yang penting. Bercerita juga mengenai rumah terbuka, apa yang penting ialah niat tuan rumah. Niat kita mestilah ikhlas dan tulus suci untuk menjemput tetamu datang berhari raya di rumah kita dan bukannya mengandungi niat tersirat contohnya...mungkin juga hendak menunjuk2 kemewahan yang ada, rumah yang cantik, mewah dan sebagainya ataupun untuk membuktikan kita mampu mengadakan jamuan yang besar-besaran. So...tetapkan hati dan niat...biar jujur dan ikhlas agar kita mendapat pahala dari ALLAH atas keikhlasan kita itu. Dan...seperti mana yang kita tahu, setiap tetamu yang datang ke rumah kita itu, mereka juga pembawa rezeki ke rumah kita. Jadi..layanlah tetamu yang datang dengan sebaik mungkin walau siapa sahaja mereka tanpa mengira darjat dan keturunan, miskin atau kaya.
Sekian dulu. Setiap yang baik itu datang dari ALLAH (s.w.t) dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.
Posted by Nurul Astiqha/Aini Marisha at 9:47 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca-pembaca Novel Alaf 21 dan Utusan Publications. Selamat Hari Raya juga untuk semua editor-editor dan semua warga kerja Alaf 21 dan Tintarona. Juga ucapan yang sama kepada semua yang mengenali diri saya selama ini. Saya menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya tanpa sedar saya ada menuturkan kata-kata yang menyinggung perasaan saudara dan saudari. Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang dari ALLAH (s.w.t) dan yang buruk itu dari saya.
Posted by Nurul Astiqha/Aini Marisha at 10:25 AM 0 comments Links to this post
Friday, August 21, 2009
AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini atau secara tidak sengaja tersinggah di sini. Alhamdulillah....kita sepatutnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberi lagi peluang dan kesempatan untuk bersama-sama menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah juga kerana ALLAH (s.w.t) memberikan kita kekuatan iman, kesihatan rohani dan jasmani serta ketenangan fikiran untuk kita menjalani hari-hari mendatang dengan lebih baik untuk sentiasa mengingati ALLAH.
Bulan Ramadhan sesungguhnya banyak memberi pengajaran kepada umat Islam. Selain dari meningkatkan keimanan kita kepada ALLAH, dalam masa yang sama kita juga akan dapat merasa bagaimana siksanya hidup tanpa makanan seperti yang dialami oleh penduduk-penduduk di negara lain yang ketandusan bekalan makanan. Kita perlu banyak muhasabah diri kita sendiri dan merenung ke belakang, ke arah kehidupan yang telah kita lalui, amalan yang telah kita lakukan dan dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan.
Maafkan saya, saya bukan seorang guru agama, bukan seorang ustazah tapi saya adalah seorang manusia biasa yang bercakap ikhlas dari hati saya. Apa yang saya tuliskan adalah apa yang saya fikirkan sekarang ini. Saya juga manusia yang banyak melakukan dosa. Dengan menulis begini, saya juga sebenarnya ingin mendidik hati saya sendiri agar lebih mendekati ALLAH, agar lebih kuat berusaha menjadi seorang yang lebih baik, agar sentiasa mematuhi perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama Islam dan meninggalkan terus larangannya.
Pembaca-pembaca sekalian, maril;ah kita sama-sama berusaha. Saya, anda, kawan-kawan, kaum keluarga, anak-anak...kita adalah makhluk ALLAH yang sangat kerdil. Bersyukurlah....jika kita hidup senang, jangan lupakan orang yang susah. Jika kita hidup susah, jangan sesekali bersangka buruk pada ALLAH kerana ia mungkin satu ujian kepada kita.
Sekian dulu. Wassalam.
Posted by Nurul Astiqha/Aini Marisha at 10:36 AM 1 comments Links to this post
Tuesday, July 7, 2009
CUPCAKES
SEKARANG NI RASANYA MUSIM CUPCAKES. SETELAH ASYIK TENGOK CARA-CARA DECORATE CUPCAKES DAN BELAJAR SIKIT2 CARA BUAT, AKHIRNYA SAYA AMBIL KEPUTUSAN NAK CUBA. TARA........!!!! INI DIA HASILNYA. COOKIES TU NAMPAK COMOT SIKIT. MAKLUMLAH FIRST TIMER. LAIN KALI SAYA AKAN UPGRADE SIKIT DESIGN DIA. ANYWAY....BOLEHLAH UNTUK MAKAN SENDIRI.... 




Posted by Nurul Astiqha/Aini Marisha at 2:29 PM 2 comments Links to this post
Labels: Apa yang saya suka buat


