Friday, March 28, 2008

NOVEL JOHN GRISHAM




About this Book

The jury was ready.

After forty-two hours of deliberations that followed seventy-one days of trial that included 530 hours of testimony from four dozen witnesses, and after a lifetime of sitting silently as the lawyers haggled and the judge lectured and the spectators watched like hawks for telltale signs, the jury was ready. Locked away in the jury room, secluded and secure, ten of them proudly signed their names to the verdict while the other two pouted in their corners, detached and miserable in their dissension. There were hugs and smiles and no small measure of self-congratulation because they had survived this little war and could now march proudly back into the arena with a decision they had rescued through sheer determination and the dogged pursuit of compromise. Their ordeal was over; their civic duty complete. They had served above and beyond. They were ready.

The foreman knocked on the door and rustled Uncle Joe from his slumbers. Uncle Joe, the ancient bailiff, had guarded them while he also arranged their meals, heard their complaints, and quietly slipped their messages to the judge. In his younger years, back when his hearing was better, Uncle Joe was rumored to also eavesdrop on his juries through a ?imsy pine door he and he alone had selected and installed. But his listening days were over, and, as he had con?ded to no one but his wife, after the ordeal of this particular trial he might just hang up his old pistol once and for all. The strain of controlling justice was wearing him down.
--From Chapter One of The Appeal

Politics has always been a dirty game.
Now justice is, too.


In a crowded courtroom in Mississippi, a jury returns a shocking verdict against a chemical company accused of dumping toxic waste into a small town’s water supply, causing the worst “cancer cluster” in history. The company appeals to the Mississippi Supreme Court, whose nine justices will one day either approve the verdict or reverse it.

Who are the nine? How will they vote? Can one be replaced before the case is ultimately decided?

The chemical company is owned by a Wall Street predator named Carl Trudeau, and Mr. Trudeau is convinced the Court is not friendly enough. With judicial elections looming, he decides to try to purchase himself a seat on the Court. The cost is a few million dollars, a drop in the bucket for a billionaire like Mr. Trudeau. Through an intricate web of conspiracy and deceit, his political operatives recruit a young, unsuspecting candidate. They finance him, manipulate him, market him, and mold him into a potential Supreme Court justice. Their Supreme Court justice.

The Appeal is a powerful, timely, and shocking story of political and legal intrigue, a story that will leave readers unable to think about our electoral process or judicial system in quite the same way ever again.

Friday, March 21, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC


Selamat berpesta membeli segala jenis buku-buku yang dipamerkan di sana.

Wednesday, March 19, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Untuk renungan bersama. Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada esok hari.




Kisah Nabi Muhammad saw


Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad


Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)


Abdul Mutallib Wafat


Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Muhammad diasuh oleh Abu Talib


Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama


Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan


Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94.Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya" Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib


Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Ke Madinah


Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah


Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w


Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Di balik kehidupan insan bernama: "Muhammad"


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur
Sayidatina 'Aisyah menceritakan: "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Rasulullah s. a. w. bersabda,"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"

Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap istri sholehah.
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darajat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Begitu indah menjadi wanita, dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu menjadi wanita sholehah, agar negeri menjadi indah, karena dirimu adalah tiang negeri ini.


rose border
'Create

KABINET BARU



Separuh Kabinet dianggotai muka baru, 7 menteri gugur

18-03-2008 03:16:40 PM Oleh SA'ODAH ELIAS
PUTRAJAYA: Tujuh bekas menteri termasuk Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang merupakan antara menteri paling lama berkhidmat digugurkan daripada barisan Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengandungai lebih separuh muka baru.
Jumlah anggota Kabinet baru yang diumumkan Abdullah Selasa sama dengan jumlah yang lalu, iaitu seramai 32 orang, walaupun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri digabungkan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang kini dinamakan Kementerian Dalam Negeri.
Selain Rafidah, bekas menteri lain yang digugurkan ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Menteri Dalam Negeri), Datuk Abdullah Md Zin (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Azmi Khalid (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Menteri Sains Teknologi dan Innovasi), Datuk Tengku Adnan Mansor (Menteri Pelancongan) dan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn.
Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Kabinet yang lalu telah dari awal menyatakan hasrat tidak akan menganggotai Kabinet kali ini, sementara Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang memegang jawatan Menteri Kerjaraya pula telah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Semua anggota Kabinet yang kalah pada pilihan raya umum yang lalu juga tidak dipilih semula, sebaliknya Abdullah melantik dua muka baru yang akan mengangkat sumpah menjadi senator pada petang Selasa -- peguam terkemuka Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bekas ketua pegawai eksekutif Maybank Datuk Amirsham Abdul Aziz.
Kedua-dua mereka ini akan menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Zaid bagi membantu usaha memperbaiki dan memperkukuhkan lagi sistem perundangan negara sementara Amirsham akan bertanggungjawab mengurus Unit Perancang Ekonomi.
Dua ahli Kabinet baru yang memeranjatkan banyak pihak apabila nama mereka diumumkan oleh Abdullah ialah bekas menteri besar Selangor Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Datuk Shahrir Samad yang kembali ke Kabinet selepas 19 tahun. Beliau kini memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Muka baru lain ialah Setiausaha Agung MCA Datuk Ong Ka Chuan yang kini memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S Subramaniam yang kini Menteri Sumber Manusia dan Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan.
Sementara itu, sembilan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh dalam Kabinet baru Abdullah yang mencerminkan semangat perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional.
Mereka ialah Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Datuk Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ng Yen Yen (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Korporasi), Datuk Mohd Zain Mohamed (Menteri Kerjaraya) Datuk Shaziman Abu Mansor (Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi) Datuk Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan).
Abdullah sendiri hanya memegang dua portfolio dan tidak tiga seperti sebelumnya. Beliau hanya mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan dan melepaskan jawatan Menteri Dalam Negeri manakala Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Menteri Pertahanan.
Menteri yang kekal di portfolio lama ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang kekal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri nor Mohamed Yakcop (Menteri Kewangan Kedua) Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Pelajaran), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Datuk Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).
Menteri yang bertukar poftfolio pula ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar yang kini Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Dr Rais Yatim kini Menteri Luar, Datuk Mohd Shafie Apdal Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Datuk Seri Azalina Othman Said Menteri Pelancongan.
Pergerakan Wanita Umno tidak mempunyai sebarang wakil dalam Kabinet baru setelah Rafidah digugurkan sementara timbalan beliau Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kalah di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu.
Selain Pergerakan Wanita Umno, Parti Progresif Rakyat (PPP) juga tidak diwakili setelah Presidennya Datuk M Keyveas kalah di Taiping.
Abdullah berkata, senarai Kabinet baru ini telahpun diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pagi Selasa dan ia terdiri daripada anggota-anggota yang telahpun disiasat latar belakang mereka bagi memastikan mereka bersih daripada tuduhan sebarang tuduhan rasuah dan jenayah.
"Saya yakin senarai anggota baru ini mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan baik dan berkesan," katanya.
Ditanya mengenai bekas menteri seperti Rafidah dan Jamaluddin Jarjis yang nama mereka digugurkan, Abdullah berkata beliau tidak perlu memberi sebarang penjelasan.
"Saya telah buat keputusan. Saya tidak perlu menjelaskannya kerana ia adalah hak dan kuasa Perdana Menteri," katanya.
Ditanya lagi mengenai pengguguran Rafidah, Abdullah berkata beliau tidak melantiknya semula kerana mahu orang baru mengambil alih daripada Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.

rose border

Monday, March 17, 2008

JIWA YANG PARAH

Di kesunyian dinihari,
Hati bermunajat,
jiwa berbisik penuh syahdu,
Maafkanku Ya ALLAH...
Maafkanku Ya ALLAH...
Maafkan ku Ya ALLAH...

Walau lidah berulangkali melafaskan maaf,
Walau segantang air mata merembes membasahi pipi,
Walau setinggi manapun tangan dijulang memohon hidayah
Namun hati masih dirantai dengan perasaan berdosa...

Ah!! kenapa mataku tidak celik lebih awal?
Kenapa aku masih terus menerus tertarik dengan syurga dunia?
Kenapa aku tidak sujud bertaubat ketika kedut-kedut belum terpamir di wajah?
Kenapa ketika terumbang ambing sendirian barulah kesal bertandang?

Ya ALLAH....tolonglah Ya ALLAH...
KAU panjangkanlah umurku,
Agar dengan sisa-sisa umurku yang masih ada,
Dapat aku sujud kepadaMU,
berpuasa keranaMU,
menangis keranaMU,
beribadat keranaMU,

Aku redha Ya ALLAH...
Jika kini aku kelaparan,
Jika kini aku kesunyian,
Jika kini aku kesejukan,
Jika kini aku sendiri kesakitan...
Itu adalah kerana aku sendiri....
Kerana aku melupaiMu ketika aku kuat,
Aku melupaiMu ketika aku cantik,
Aku melupaiMU ketika aku kaya,

Aku benar-benar lupa,
Lupa bahawa segala apa yang aku miliku di bumi ini...
Semuanya milikMU...
ALLAH YANG MAHA KAYA......