Wednesday, November 10, 2010

Salam 1 Malaysia

Salam semua....lama dah tak update. Saya banyak buat post kat blog2 yang lain sebab berita tentang novel terbaru saya tak ada lagi. Tapi hari ni editor dah call dan minta soft copy. Alhamdulillah..harap2 next novel akan berada di pasaran soon. Nantikan ye dan sila beri komen anda.

Tuesday, July 27, 2010

Cuci Mata lagi




Cuci mata




Gambar atas ni ialah permandangan masa senja di Pasir Bersih, on the way nak ke Kepala Batas.Kami singgah untuk makan malam. Best makan kat situ sebab angin laut bertiup lembut, dapat makan menghadap laut yang diserikan dengan percikan cahaya lampu dari kapal-kapal yang terapung di laut....

Jalan-jalan cari makan

Salam semua, Sabtu yang lepas, saya ikut suami ke Kepala Batas. Hubby ada kursus kat sana, dan saya ni cuma menjadi peneman je lah. Actually, hubby kursus kat Kepala Batas tapi we all stay kat Safira di Bandar Sunway, Butterworth. Jauhkan....it just because of "keselesaan". Kami sukakan Safira sebab dia mcm tinggal di rumah. Tempat tu tak mcm hotel yang lain yang hanya ada satu bilik...kat situlah kita nak makan, tidor dan tengok tv. Kat Safira, ia lebih berbentuk sebuah rumah kampung, ada dua bilik tidur, fully air-condition. Ada satu meja makan. Ada ruang menonton tv yang lengkap satu set kerusi rotan. Ada sinki dan kabinet kayu(like your own house) and ada balkoni untuk merehatkan fikiran sebab balconi tu bila kita keluar ia menghadap kawasan belalang rumah yang penuh ditanam dengan pohon2 menghijau. Rental dia saya rasa berpatutan sebab my husband only paid RM184-00 per night. Memang berbaloi kan sebab ada 2 bilik.

Okey, habis tentang bilik, saya nak cerita tentang journey kat sana.Jarak dari Safira ke Kepala Batas saya rasa (kalau tahu jalan) adalah lebih kurang 15-20 minit je) tapi...hehehee....saya kesesatan begitu teruk sekali sewaktu nak ambik husband kat tempat dia berkursus tu....penat sungguh. Nasib baik kereta auto,kalau manual, mahu tercabut tempurung lutut. Ada dalam dua tiga kali jugak saya berhenti untuk bertanya orang (peribahasa Melayu kata-malu bertanya sesat jalan kan)...alhamdulillah..akhirnya sampai jugak. Masa tu perut dah berkeroncong sangat. My son pun dah merengek2 nak makan. Saya malas nak berhenti selagi tak jumpa pekan Kepala Batas tu.

So, lepas dah jumpa, baru plan nak pergi makan. Tengok kiri dan kanan, semuanya restoran mamak...sorry to say, saya tak berapa suka sangat dengan nasi mamak. Tak menepati selera saya. Saya lebih suka nasi Melayu...so just kuatkan hati untuk drive sedikit ke depan dari pekan Kepala Batas tu....dan....alhamdulillah, apa yang saya cari selama ini rupanya ada di depan saya. Actually saya dah lama terbaca tentang Kedai Ikan Bakar Din ni dan teringin nak pegi situ tapi tak ada kesempatan dan masa. Dan sekarang ALLAH berikan saya kegembiraan selepas saya agak tertekan dengan pemanduan yang agak memenatkan. Apa lagi...saya terus cari parking di tepi jalan.

Memang sah, inilah restoran yang saya cari. Waktu tu jam dah tunjukkan pukul 3.20 petang tapi orang masih lagi ramai. Saya jadi rambang mata tengok pelbagai jenis ikan dan sea food yang siap dibakar tersusun di dalam pinggan. So, menu saya adalah seperti gambar di bawah. Saya suka menu mcm tu, nasi putih panas, ulam-ulaman, ikan bakar, sambal belacan, daging salai....cukup berbaloi. Harga yang saya bayar untuk 3 orang dengan menu nasi putih, ikan siakap bakar, ayam bakar, daging salai, ulam2 dan sambal belacan, serta teh ais, semuanya berjumlah RM52-00 (not bad).

Untuk pengetahuan semua, kedai ni dibuka dari jam 10-30 pagi hingga 4.00 petang saje. So, jangan datang pukul 4.30 yek, nanti melepas nak makan ikan bakar kat sini.







Fadhilat bulan Syaaban-untuk renungan bersama

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


dipetik dari http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm

Friday, April 23, 2010

Alahai...

alahai..sian kat blog ni. walaupun blog ni adalah blog saya yang pertama, tapi dah makin kurang saya menjenguk dan mengupdatenya. Saya lebih banyak menjenguk rumah sini - http://restinbakeryonline.blogspot.com. Tapi walau bagaimanapun, cinta pertama tetap dalam ingatan.

OK,berkenaan manuskrip terkini saya dengan Alaf 21...baru tadi terima sms dari editor. She said, she will look into it because right now she is very busy with other earlier manuscript she received. It's ok....I understand.So....not thinking of it too much. But hopefull end of this year they can finalise it.

ok, that's all for now. Till next time...I will come again and updating.

Friday, February 12, 2010

Kasih Ibu

Tengah melayari internet, masuk rumah sana, masuk rumah sini, saya terjumpa story pasal e-mail kat bawah. Masa baca e-mail ni hati saya cukup tersentuh dan seperti biasa, air mata seorang wanita yang bergelar ibu pasti akan cepat tumpah apabila membaca kisah-kisah sebegini kerana kami faham apa yang dirasai oleh penulis e-mail ini kerana kami juga adalah seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu bukan setakat bermula apabila anak itu dilahirkan malah ia telah bermula sewaktu benih suami itu bercantum di dalam rahim mereka. Kami para ibu juga telah berhubungan dan berkasih sayang dengan anak yang berada di dalam perut selama 9 bulan lebih awal daripada orang-orang lain. Sebab itulah kasih sayang seorang ibu dan anak tidak dapat ditandingi oleh apa sahaja kekayaan di dunia ini...

Saya berdoa da berharap si penulis e-mail ini akan terus tabah menghadapi hari mendatang. Seperti yang beliau sendiri katakan, ALLAH lebih menyayangi Qaid dan sebab itulah dipinjamkannya Qaid sekejap sahaja sebelum diambilnya semula. Kisah ini sedikit sebanyak memberi tauladan kepada saya juga kerana adakalanya kerana terlalu sedih, saya mempersoalkan juga kenapa sesuatu perkara buruk/sedih terjadi kepada saya....Astaghafirullahhalazim......sebenarnya saya tak patut bersangka buruk begitu kerana kita harus sentiasa bersangka baik pada ALLAH. Setiap sesuatu yang terjadi kepada kita adalah dugaan ALLAH kepada kita...kita kena tabah dan terus mendekatkan diri kepada ALLAH dan bukan terus menjauhiNYA.


.. ~~Dipetik dr emel~~ pengirim asal tidak diketahui

25 Mei 2009-

Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -

bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day period... masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8 months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui..

27 Mei 2009-

masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009-

aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009-

berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku think positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009

duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-

still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk
final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke tg malim..masih sakit...
lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-

aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad
bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n
kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-

sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg (33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....

waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-

aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum ada susu..aku cuba ...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan kebatilan...

4 June 2009-

kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di sana ..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr. pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor operation

5 June 2009-

Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-

Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. .tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti biasa...

7 June 2009-

Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 June 2009-

lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009-

siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009-

aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena mengalah ye sayang...

11 June 2009-

Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009-

mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009-

2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009-

aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh tu...packing brg

15 June 2009-

Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...

on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan bertahan???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak
aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-

atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak
MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-

masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc susu aku...every 3 hours...

18 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009-

berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009-

susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi kesihata anakku

22 June 2009-

masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44 kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009-

susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009-

pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang jaga..senang bersalin...
11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02 (deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil ini...terus dia nangis mcm biasa....
tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia lahir...untuk pemerhatian rapi...
aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku sangat risau..
Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH
ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku...

25 June 2009-

aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali
untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

pkl 8 pg-

perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat menghibakan hati ku....
menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl 8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2 mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009-

pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...
menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing
ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak sanggup dia tinggalkan aku...
tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. bertahan nak...ibu ada teman Qaid bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku,berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2 anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk, mak...mulia sungguh hatimu....
aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di
tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak mana...asalkan anakku selamat...
ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya
allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lah
di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...
Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt mengurangkan kekembungan bayiku itu...
aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. .aku terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang....adik sakit...kalau ibu bg juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...
menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ anakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm tu...tak sampai hati...

kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah
padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. .Ya ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ..ibu
sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku sekali???Qaid. .........

aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH... suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... aku redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. aku begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan
ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa henti...
sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri
mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. .jdkanlah kisah aku sebagai kekuatan korang.... ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di bawah jagaan mereka.. ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu lemah...adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilah kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik2 iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan di atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm mana agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik ye...adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa hatiku ya allah... along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk jenazah anakku... suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung karang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli keluarga suamiku dari kedah.. sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur, eh...adik dah balik....eh adik tidur???kakak. ....adik kakak dah tak de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adiknya?? kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas, aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ..ini semua dugaan...air mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar... kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA NANTI...amin. ...amin.. .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian, secara tiba2...aku berzikir pd jenazah Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia menangis...mengigau ....ya allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd. .... jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepi kubur arwah opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak sendiri...nyang ada menemani Qaid.. Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...
Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid, jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah, ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini.... Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu
sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY

ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid

~~ AL - FATIHAH ~~

Tuesday, February 9, 2010

Bengang dengan si pencuri

Aiyaa....hari tu janji nak tempek gambar2 masa cuti kat KK, Sabah tapi sampai sekarang tak de pun.....
Nantilah, bila ada waktu yang betul3 free, saya akan tempekkan.

Tapi untuk n3 kali ni saya nak cerita pasal rumah saya yang dah 2x dimasuki pencuri dan yang terkini, hampir-hampir pula dimasuki sekali lagi. Yang mengerikan adalah kali ni kami sekeluarga ada kat rumah, sedang tidur dan anggaran masa pencuri tu nak masuk adalah dalam pukul 12.15mlm -12.30 malam. Bayangkan....saya dan keluarga baru saje masuk ke bilik tidur dalam pukul 11.35 mlm selepas menonton tv.

Ya ALLAH...saya bersyukur kerana ALLAH masih melindungi kami sekeluarga pada malam tu. Kami hanya sedar perkara ni pada keesokan harinya apabila suami dapati mangga di pintu grill dapur telah dipotong, pintu grill dapur terbuka dan yang paling menakutkan ialah tempat kunci di pintu kayu telah pun ditanggalkan. Mereka menggunakan pemutar skru untuk membuka keseluruhan tempat kunci.

ALHAMDULILLAH....disebabkan dah serik dengan kejadian-kejadian pecah masuk yang sebelum ni, suami saya dah pasang selak-selak dari dalam rumah (sebagai kunci tambahan) di setiap pintu rumah kami. Dan walaupun si pencuri durjana tu dah bukak kesemua kunci, dia tak dapat nak tolak pintu tu. Pencuri durjana tu pun cuba mengintai ke dalam rumah kami dengan membuka sekeping tingkap kaca di dapur kerana sekeping tingkap tu dah tertanggal. Memang ngeri bila saya ingatkan ada orang asing yang sangat jahat berada di dalam kawasan rumah kami.

Nasihat saya buat para suami, para bapa...keselamatan keluarga adalah tanggungjawab anda. Carilah masa untuk tambahkan selak-selak di belakang pintu rumah sebagai langkah keselamatan tambahan untuk keluarga anda. Kalau mampu pasanglah alarm. Pencuri sekarang ni sangat berbahaya dan kejam. Agaknya mereka ni dah tak ada hati dan perasaan lagi. Dan saya yakin kebanyakan dari mereka adalah para penagih dadah yang terlampau tertekan hendak mendapatkan bekalan dadah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Disebabkan itulah kita kena memerangi dadah berhabis-habisan. Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jagalah anak-anak kita dan didiklah mereka sebaik-baiknya sejak dari kecil lagi. Sentiasalah dendangkan mereka dengan alunan ayat-ayat Al-Quran dan isilah dada mereka dengan ilmu agama yang secukupnya. Satu lagi....takutkan mereka secukup-cukupnya tentang bahayanya merokok dan dadah. Sebagai ibu bapa, sentiasalah mendoakan kebaikan anak-anak kita setiap kali selepas solat atau di mana-mana sahaja ketika kita teringat. Jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok terhadap anak-anak kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu-bapa adalah satu doa. Anak-anak sewaktu kecil, memang kita tak dapat kawal kenakalannya, ada yang tidak mendengar kata....tetapi tolonglah..jangan sesekali kita kecewa terhadap mereka atau kata "menyampah" terhadap mereka. Mereka adalah darah daging kita, penawar hati kita, cinta hati kita.....mereka juga tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita. Sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita dan saya yakin kalau kita ikhlas, ikatan kasih sayang kita akan sentiasa mengiringi mereka sehingga mereka dewasa. Saya juga pasti, ibu-bapa yang penyayang akan pasti disayangi oleh anak-anak mereka sampai bila-bila.

Saya juga berharap putera kesayangan saya akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan menyayangi kami sebagai kedua ibu bapanya sehingga akhir hayat kami. Aminn...

Tuesday, February 2, 2010

Kisah cuti-cuti

sebenarnya last week saya dan family pergi jalan-kalan ke Kota Kinabalu selama 5 hari. Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati. gambar2 pun banyakkk....sampai terfikir2 nak cuci ke tak atau simpan saja kat laptop. Itulah, masa bergambar tak ingat dunia, satu langkah jalan ambik gambar, satu langkah jalan bergambar lagi. Macam2 posing. tengah makan, tengah minum, tengah senyum, tengah menung...hahahaa....giler glamour betul. Tapi itulah yang sepatutnya kita lakukan kan bila bercuti kerana memori di fikiran kita makin lama makin pudar....hanya gambar2 ni saja yang akan mengekalkan keindahan yang kita alami semasa bercuti tu kan. So...ok. nak tak nak, mahal ke murah, saya akan cuci gambar2 tu sebab rasa macam tak selamat jugak kalau simpan dalam komputer. mana tahu kena virus ke atau terdelete file tu ke....uwaaaa....memang menangis tak berlagu lah saya sebab saat2 yang berlaku tu bukannya boleh berulang2 semula kan. So...adios untuk waktu ini. next entry saya akan postkan cerita2 menarik pasal percutian saya untuk dikongsi bersama. Bai-bai...

Apa dah jadi ni!!!!!

Tak tahu lah kenapa....rasa malassss.... jek. Banyak benda nak buat sebenarnya tapi malassss.....jek. Hisshhh, teruk betullah. Pasal novel...dah nak siap sebenarnya. Permulaan dah ada, penutup cerita pun dah ada....sekarang ni tengah buat cerita tengah2....rasa nak habiskan dah tapi bermacam2 peristiwa pulak yang timbul sehingga ia meleret2 dah tak jumpa lagi simpang untuk ke penutupnya yang masih setia menunggu. Hahaha....bengong betul kan. Itulah namanya idea...sepatutnya kita kena bersyukur sebab semasa menulis kita dapat idea untuk memanjangkan lagi cerita tu. dan itu jugaklah yang sering didoakan. Ok...sorry...my fault...segala rungutan di atas adalah kerana kesilapan diri sendiri....syukur ALHAMDULILLAH di atas segala rahmat dan kurniaan yang ALLAH beri kepada saya selama ni. lepas ni tak nak merungut lagi. Harap2 dalam minggu ni saya boleh end up the story dan hantar pada editor untuk dinilai. Hopefully...aminnnn...

Coret-coret -percutian di Kota Kinabalu, Sabah.

Saya baru saja balik dari percutian di Kota Kinabalu, Sabah. Saya sekeluarga pergi dari 23-27hb Januari yang lepas (gambar2 nanti saya letakkan). Perancangan nak bercuti ni dibuat sejak bulan October tahun lepas. Masa tu saya saja survey tiket tambang murah yang ditawarkan oleh Air Asia dan harga yang ditawarkan memang murah. (ye lah...kami bertiga saje). So...pejam celik, pejam celik...masa yang ditunggu-tunggu tiba jugak.

Dari Ipoh, saya dan keluarga naik bas Yoyo yang bawak kami terus ke LCCT, KL. Naik bas dari Ipoh pukul 4.30 pagi dan sampai ke KL lebih kurang pukul 8.30 pagi. Flight pulak pukul 11.15 pagi. Huhh...lama lagi tu. So...makan2, dan lepak2 je kat LCCT.

11.15 pagi - flight bertolak dari LCCT dan sampai ke KK pukul 1.45 tghri. So, seperti biasa, lepas turun dari flight, tunggu bagasi dan kemudian menghala ke pintu keluar. Percutian kali ni kami plan semuanya sendiri. Fikir2 kan, apa nak takutkan sebab masih dalam Malaysia kan. Memang saya survey habis2an tempat2 menarik di Sabah untuk dilawati dalam 4 hari ni.

Kami beli tiket teksi di kaunter tiket di hadapan pintu masuk ke airport. Tambang dia standard jek. RM 30.00 untuk satu teksi sampai ke hotel. Di Kota Kinabalu, saya menginap di Hotel Cititel Express. Semuanya saya booking secara online. Sewa bilik untuk satu malam adalah RM120.00. (promosi untuk pembukaan baru saja)...sekarang saya tak sure. Rating yang saya bagi untuk hotel ni ialah ** bintang saje sebab bilik dia terlalu kecik sampai tak ada ruang untuk kita duduk di lantai. Saya memang bengang sangat dengan keadaan bilik tu, dan pada hari yang sama memang ramai yang komplen tambah2 yang ada bawak anak kecik dan parents. So....nasihat saya, carilah hotel lain yang lebih selesa sebab kita nak bercuti so, semua perkara mestilah menyenangkan hati kita kan. Mula2 suami bising jugak, tapi bila difikirkan malas dah nak pening2 kepala cari hotel lain dan kemas barang, kami pejamkan mata sajalah. Terpaksalah bersesak2 sepanjang 2 hari tu. Dan lagi satu yang tak puas hati ialah mereka tak sediakan kettle dalam bilik. Kita kena keluar ke bilik pantri di sebelah lif untuk dapatkan air panas. Bayangkan kalau tengah2 malam anak2 kecik menangis nak susu ke, tentu kena keluar dari bilik...macam seram je kan. Ohh...lupa. ada satu lagi yang saya nak komplen..that is the toilet. Saya cukup marah kalau tak de paip air sebelah toilet bowl. We are in the country where the majority of us is Muslim...we have to wash everytime we go to the toilet....susah la macam ni. kalau you tak nak letak paip air, at least sediakan gayung dan baldi. Untuk pengurusan hotel Cititel, please do something.....

Okey, enough about the hotel. Saya cerita pasal tempat-tempat yang kami lawati di sekitar KK pulak. Only on 2nd day baru kami betul2 berjalan la sebab 1st day tu mcm letih jek and kereta pun tak de. memang patah kaki.... On 2nd day, kami sewa kereta. The owner sent the car and we rent it fo 4 days and paid RM450.00. Haa...lepas tu lega sebab boleh duduk dan round2. Kami pergi Muziam Islam Sabah, tengok Menara Atkinson dan pergi ke tempat di mana kita boleh tengok permandangan di sekitar pekan KK. Selepas tu, kami pergi ke Monsopiad Cultural Village. Nak masuk sini kena bayar RM45 (dewasa) dan RM15 (kanak2). Hmmm...rasa mcm agak mahal..tapi rasa macam rugilah kalau tak masuk sebab bila kita bercuti, selain untuk merehatkan fikiran, mengeratkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kasih sayang, kita juga nak mempelajari cara hidup dan budaya sesuatu masyarakat di tempat tu kan. So...di sinilah tempat yang paling sesuai. Kat dalam ni, dalam masa lebih kurang 2 jam, kami dibawa melawat serta diberi penerangan tentang budaya hidup masayarakat Kadazan. Mereka mengekalkan adat budaya masyarakat Kadazan dan kami juga masuk rumah tengkorak. Tapi sebelum masuk rumah tengkorak tu, kami dipersembahkan dengan beberapa tarian tradisional kaum2 di Sabah. Dan yang paling best of course tarian buluh. Anak saya, Nazrin pun turut sama mencuba apabila dipanggil ke atas pentas.

So, berbalik ke rumah tengkorak tadi, kat dalam rumah tu memang ada digantungkan tengkorak asal...iaitu kepala musuh yang dipenggal oleh pahlawan mereka bernama Monsopiad. Di keliling tengkorak tu digantung dengan daun2 kering yang dipanggil "hisat" yang bertujuan untuk mengelakkan roh2 jahat dari tengkorak tu keluar....(ingat2 lupa...tapi lebih kurang mcm tu la).

Lepas masuk rumah tengkorak tu, kami dibawa pulak melawat ke rumah asal kaum Kadazan, then diberi peluang mencuba beberapa permainan tradisional mereka seperti menyumpit, dan melastik. Haa...yang ni paling best. Mereka juga tunjukkan kami ulat sagu yang diambil dari dalam batang pokok sagu. Kami juga disuruh untuk mencuba kelazatan ulat sagu tu....ya ALLAH...ulat tu montok2 betul...den tak lalu....tapi ada beberapa pengunjung yang bersama kami ada cuba untuk makan. Yang sorang tu, beria-ia ambik gambar ulat sagu tu kat dalam mulut. Tapi bila lepas bergambar terus diludahkan semula ulat tu. Ye lah..this is not our culture kan, of course kita tak sanggup nak makan. But for them, ulat tu memang sedap.

After dah penat pusing2 dalam Monsopiad Cultural Village tu, kami pun terus balik hotel sebab jam pun dah tunjukkan pukul 6 lebih. Penat woo...dari pukul 9 pagi keluar hotel, sampai petang baru balik hotel semula. Malam pulak sibuk2 kemas/packing barang2 semua. Nasib baik ada kereta, so semua souvenir yang beli kat Gaya street dan Filipines market tadi just lempar jek dalam kereta. Oppppsss.....baru saya teringat. Saya terlupa nak cerita yang kami jugak ada pergi ke Pasar Filipina dan Pasar Minggu di Gaya Street. Di Pasar Filipina, kebanyakan dari mereka jual pelbagai aksesori, manik2 dan kraftangan tradisonal. Memang banyak betul aksesori manik2 dan kristal. Syokkkk...saya sukeeee sangat benda2 mcm ni. Nasib baik saya tak bawak duit banyak2 sangat masa pergi sini, kalau tak memang habislah jawabnya. Lepas penat2 pusing kat Filipines market, kami minum air kelapa kat gerai area2 situ jugak.

Then after that je kami pergi ke Gaya Street-salah satu pasar minggu terbesar di KK. Pasar ni cuma ada pada hari Ahad jek. Panjang betul pasar ni and we manage to cover it all. Macam2 jualan ada dan sekali lagi saya nampak banyak aksesori wanita dari kristal dan manik2 yang dijual.

So...kesimpulannya saya puas hati sebab segala tempat yang saya nak pergi di pekan KK saya dapat pergi.

So..the next hotel is Kinabalu Pine Resort di Kundasang. Next post okey. Chawww dulu.

Monday, January 11, 2010

Percutian keluarga di Melaka (penutup tahun 2009)

OKey, entry kali ni saya nak berkongsi percutian kami sekeluarga pada hujung tahun yang lepas (macamlah lama sangat dah bunyinya kan). Kami pergi pada 25-27hb Disember 2009. Planning dibuat last2 minit dan puas saya dan adik menelefon hotel-hotel di Melaka untuk menempah tempat penginapan tapi jawapan yang diterima semuanya sama.."dah full". Kami hampir putus asa dan rasa macam terpaksa batalkan percutian ni. Tapi...alhamdulillah, akhirnya atas pertolongan kawan yang bekerja di Melaka, kami dapat jugak menyewa sebuah homestay di Air Keroh. Walaupun agak jauh dari kawasan bandar Melaka, namun dalam keadaan terdesak macam ni, ia tempat yang paling sesuai buat kami sekeluarga yang datang dalam 13 orang semuanya. Homestay ni sebuah rumah banglo 3 bilik, lengkap dengan kemudahan bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Amat selesa untuk keluarga yang ramai macam kami.


Di Melaka, sebelum ke bandar, kami singgah di A-Famosa Water World (tak masuk pun). Kami cuma bergambar. Adik-adik tidak lepaskan peluang menunggang gajah dan unta. Selepas itu kami bertolak ke bandar dan menaiki Menara Taming Sari. Cuaca yang agak panas dan kesibukan traffik serta orang ramai yang membanjiri Bandar DiHilir membuatkan kami semua tidak tahan berada terlalu lama di situ. Perjalanan saja telah membuang banyak masa kami dan masing-masing bukannya penat berjalan tetapi penat kerana terpaksa duduk di dalam kereta terlalu lama. Kami juga singgah di Kubur Hang Tuah dan menikmati Coconut Vanilla Shake (rasanya lah) di sebuah gerai di tepi jalan di Tanjung Keling. Ramai sangat orang yang beratur untuk membeli air kelapa tu. Kami juga tak lepaskan peluang sebab tak pernah nampak air kepala ni dijual cara macam tu. Rasanya...hmmmm, not bad. Tapi yang membuatkan saya terkilan adalah, pantai Tanjung Keling telah ditambak. Saya ingat nak duduk-duduk di tepi pantai sambil menikmati pisang goreng panas dan air kelapa sebab kali pertama saya pergi, pantai tersebut masih cantik. Anak saya siap menunggang kuda dan bermain layang-layang. Tapi kali ini permandangan tu dah tak ada lagi. Kawasan sepanjang pantai telah ditambak (untuk dibuat kawasan perumahan) dan penghadang-penghadang telah dinaikkan. Tidak ada lagi kawasan pantai yang cantik. Itu yang paling saya kesalkan...

Pada malamnya makan di Umbai (medan ikan bakar), walaupun mahal tapi berbaloi sebab masakannya sedappp sangat.

On the way balik ke Ipoh, kami singgah di Taman Buaya (Air Keroh) dan singgah di tempat sewa go-kart yang mana saya, suami dan adik-adik seronok naik buggy manakala anak saudara menyewa motor kecil.

3 hari di Melaka adalah saat yang benar-benar menyeronokkan bagi saya. Bukan senang sebenarnya untuk kami dapat bersama begini, memang dah lama saya mahu bercuti bersama bersama keluarga tetapi baru sekarang ia dapat dilaksanakan. Semoga ikatan kekeluargaan kami akan kekal bahagia selama-lamanya.

Diari Baru 2010

Saya akui agak terlewat nak bercerita mengenai tahun baru 2010 memandangkan sudah 12 hari ia berlalu dan kita telahpun meneruskan kehidupan yang seterusnya. Walaubagaimanapun, saya rasa terpanggil juga untuk menulis di sini. Mungkin kerana saya mempunyai cerita yang menarik (bagi saya) untuk dikongsi dan dicatatkan di e-diari saya ini. Tahun ini....saya sangat gembira. Ini adalah kerana keluarga kami bakal menerima dua orang ahli baru (bukan baby) tapi.... saya bakal menerima dua orang adik ipar sekaligus pada tahun ini. Harap-harap segala yang dirancang akan dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH kerana saya tahu adik-adik saya benar-benar mahukan perubahan di dalam hidup mereka pada tahun ini.

Untuk pengetahuan, adik lelaki saya Muhammad Isamudin bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Aishah pada 11.6.2010, manakala adik perempuan saya pula insyaALLAH....bakal mengekori langkah yang sama pada 10.10.2010. Walaupun kami sekeluarga pasti benar-benar akan keletihan menguruskan dua buah kenduri besar berturut-turut tetapi ia tidak akan dapat menandingi kegembiraan di hati kami.

Saya benar-benar berharap ia akan berjalan dengan lancar. Dan untuk adik-adik yang saya kasihi....tahniah, semoga mahligai yang bakal dibina akan berkekalan buat selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang, selagi ada bumi untuk berpijak....