Tuesday, February 9, 2010

Bengang dengan si pencuri

Aiyaa....hari tu janji nak tempek gambar2 masa cuti kat KK, Sabah tapi sampai sekarang tak de pun.....
Nantilah, bila ada waktu yang betul3 free, saya akan tempekkan.

Tapi untuk n3 kali ni saya nak cerita pasal rumah saya yang dah 2x dimasuki pencuri dan yang terkini, hampir-hampir pula dimasuki sekali lagi. Yang mengerikan adalah kali ni kami sekeluarga ada kat rumah, sedang tidur dan anggaran masa pencuri tu nak masuk adalah dalam pukul 12.15mlm -12.30 malam. Bayangkan....saya dan keluarga baru saje masuk ke bilik tidur dalam pukul 11.35 mlm selepas menonton tv.

Ya ALLAH...saya bersyukur kerana ALLAH masih melindungi kami sekeluarga pada malam tu. Kami hanya sedar perkara ni pada keesokan harinya apabila suami dapati mangga di pintu grill dapur telah dipotong, pintu grill dapur terbuka dan yang paling menakutkan ialah tempat kunci di pintu kayu telah pun ditanggalkan. Mereka menggunakan pemutar skru untuk membuka keseluruhan tempat kunci.

ALHAMDULILLAH....disebabkan dah serik dengan kejadian-kejadian pecah masuk yang sebelum ni, suami saya dah pasang selak-selak dari dalam rumah (sebagai kunci tambahan) di setiap pintu rumah kami. Dan walaupun si pencuri durjana tu dah bukak kesemua kunci, dia tak dapat nak tolak pintu tu. Pencuri durjana tu pun cuba mengintai ke dalam rumah kami dengan membuka sekeping tingkap kaca di dapur kerana sekeping tingkap tu dah tertanggal. Memang ngeri bila saya ingatkan ada orang asing yang sangat jahat berada di dalam kawasan rumah kami.

Nasihat saya buat para suami, para bapa...keselamatan keluarga adalah tanggungjawab anda. Carilah masa untuk tambahkan selak-selak di belakang pintu rumah sebagai langkah keselamatan tambahan untuk keluarga anda. Kalau mampu pasanglah alarm. Pencuri sekarang ni sangat berbahaya dan kejam. Agaknya mereka ni dah tak ada hati dan perasaan lagi. Dan saya yakin kebanyakan dari mereka adalah para penagih dadah yang terlampau tertekan hendak mendapatkan bekalan dadah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Disebabkan itulah kita kena memerangi dadah berhabis-habisan. Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jagalah anak-anak kita dan didiklah mereka sebaik-baiknya sejak dari kecil lagi. Sentiasalah dendangkan mereka dengan alunan ayat-ayat Al-Quran dan isilah dada mereka dengan ilmu agama yang secukupnya. Satu lagi....takutkan mereka secukup-cukupnya tentang bahayanya merokok dan dadah. Sebagai ibu bapa, sentiasalah mendoakan kebaikan anak-anak kita setiap kali selepas solat atau di mana-mana sahaja ketika kita teringat. Jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok terhadap anak-anak kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu-bapa adalah satu doa. Anak-anak sewaktu kecil, memang kita tak dapat kawal kenakalannya, ada yang tidak mendengar kata....tetapi tolonglah..jangan sesekali kita kecewa terhadap mereka atau kata "menyampah" terhadap mereka. Mereka adalah darah daging kita, penawar hati kita, cinta hati kita.....mereka juga tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita. Sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita dan saya yakin kalau kita ikhlas, ikatan kasih sayang kita akan sentiasa mengiringi mereka sehingga mereka dewasa. Saya juga pasti, ibu-bapa yang penyayang akan pasti disayangi oleh anak-anak mereka sampai bila-bila.

Saya juga berharap putera kesayangan saya akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan menyayangi kami sebagai kedua ibu bapanya sehingga akhir hayat kami. Aminn...

4 comments:

Isumaru said...

serius???

seb baek x jadi ape2
haih.. nyah dgn wong ni mmg magnet pencuri ke?
haha

Nyah said...

Aah..tak tau lah kan. Manis sangat rumah tu di pandangan mata orang jahat kot...

Isumaru said...

hahahaha
xpe r
nnt try r psg alarm~

shakeymirza said...

pencuri sekang ni mereng2 belaka..bukan setakat mencuri tapi derang tu tergamak cederakan..bunuh dan rogol mangsa...
tak tau la mana pergi hati dan perasaan diaorg tu...