Saya baru saja balik dari percutian di Kota Kinabalu, Sabah. Saya sekeluarga pergi dari 23-27hb Januari yang lepas (gambar2 nanti saya letakkan). Perancangan nak bercuti ni dibuat sejak bulan October tahun lepas. Masa tu saya saja survey tiket tambang murah yang ditawarkan oleh Air Asia dan harga yang ditawarkan memang murah. (ye lah...kami bertiga saje). So...pejam celik, pejam celik...masa yang ditunggu-tunggu tiba jugak.
Dari Ipoh, saya dan keluarga naik bas Yoyo yang bawak kami terus ke LCCT, KL. Naik bas dari Ipoh pukul 4.30 pagi dan sampai ke KL lebih kurang pukul 8.30 pagi. Flight pulak pukul 11.15 pagi. Huhh...lama lagi tu. So...makan2, dan lepak2 je kat LCCT.
11.15 pagi - flight bertolak dari LCCT dan sampai ke KK pukul 1.45 tghri. So, seperti biasa, lepas turun dari flight, tunggu bagasi dan kemudian menghala ke pintu keluar. Percutian kali ni kami plan semuanya sendiri. Fikir2 kan, apa nak takutkan sebab masih dalam Malaysia kan. Memang saya survey habis2an tempat2 menarik di Sabah untuk dilawati dalam 4 hari ni.
Kami beli tiket teksi di kaunter tiket di hadapan pintu masuk ke airport. Tambang dia standard jek. RM 30.00 untuk satu teksi sampai ke hotel. Di Kota Kinabalu, saya menginap di Hotel Cititel Express. Semuanya saya booking secara online. Sewa bilik untuk satu malam adalah RM120.00. (promosi untuk pembukaan baru saja)...sekarang saya tak sure. Rating yang saya bagi untuk hotel ni ialah ** bintang saje sebab bilik dia terlalu kecik sampai tak ada ruang untuk kita duduk di lantai. Saya memang bengang sangat dengan keadaan bilik tu, dan pada hari yang sama memang ramai yang komplen tambah2 yang ada bawak anak kecik dan parents. So....nasihat saya, carilah hotel lain yang lebih selesa sebab kita nak bercuti so, semua perkara mestilah menyenangkan hati kita kan. Mula2 suami bising jugak, tapi bila difikirkan malas dah nak pening2 kepala cari hotel lain dan kemas barang, kami pejamkan mata sajalah. Terpaksalah bersesak2 sepanjang 2 hari tu. Dan lagi satu yang tak puas hati ialah mereka tak sediakan kettle dalam bilik. Kita kena keluar ke bilik pantri di sebelah lif untuk dapatkan air panas. Bayangkan kalau tengah2 malam anak2 kecik menangis nak susu ke, tentu kena keluar dari bilik...macam seram je kan. Ohh...lupa. ada satu lagi yang saya nak komplen..that is the toilet. Saya cukup marah kalau tak de paip air sebelah toilet bowl. We are in the country where the majority of us is Muslim...we have to wash everytime we go to the toilet....susah la macam ni. kalau you tak nak letak paip air, at least sediakan gayung dan baldi. Untuk pengurusan hotel Cititel, please do something.....
Okey, enough about the hotel. Saya cerita pasal tempat-tempat yang kami lawati di sekitar KK pulak. Only on 2nd day baru kami betul2 berjalan la sebab 1st day tu mcm letih jek and kereta pun tak de. memang patah kaki.... On 2nd day, kami sewa kereta. The owner sent the car and we rent it fo 4 days and paid RM450.00. Haa...lepas tu lega sebab boleh duduk dan round2. Kami pergi Muziam Islam Sabah, tengok Menara Atkinson dan pergi ke tempat di mana kita boleh tengok permandangan di sekitar pekan KK. Selepas tu, kami pergi ke Monsopiad Cultural Village. Nak masuk sini kena bayar RM45 (dewasa) dan RM15 (kanak2). Hmmm...rasa mcm agak mahal..tapi rasa macam rugilah kalau tak masuk sebab bila kita bercuti, selain untuk merehatkan fikiran, mengeratkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kasih sayang, kita juga nak mempelajari cara hidup dan budaya sesuatu masyarakat di tempat tu kan. So...di sinilah tempat yang paling sesuai. Kat dalam ni, dalam masa lebih kurang 2 jam, kami dibawa melawat serta diberi penerangan tentang budaya hidup masayarakat Kadazan. Mereka mengekalkan adat budaya masyarakat Kadazan dan kami juga masuk rumah tengkorak. Tapi sebelum masuk rumah tengkorak tu, kami dipersembahkan dengan beberapa tarian tradisional kaum2 di Sabah. Dan yang paling best of course tarian buluh. Anak saya, Nazrin pun turut sama mencuba apabila dipanggil ke atas pentas.
So, berbalik ke rumah tengkorak tadi, kat dalam rumah tu memang ada digantungkan tengkorak asal...iaitu kepala musuh yang dipenggal oleh pahlawan mereka bernama Monsopiad. Di keliling tengkorak tu digantung dengan daun2 kering yang dipanggil "hisat" yang bertujuan untuk mengelakkan roh2 jahat dari tengkorak tu keluar....(ingat2 lupa...tapi lebih kurang mcm tu la).
Lepas masuk rumah tengkorak tu, kami dibawa pulak melawat ke rumah asal kaum Kadazan, then diberi peluang mencuba beberapa permainan tradisional mereka seperti menyumpit, dan melastik. Haa...yang ni paling best. Mereka juga tunjukkan kami ulat sagu yang diambil dari dalam batang pokok sagu. Kami juga disuruh untuk mencuba kelazatan ulat sagu tu....ya ALLAH...ulat tu montok2 betul...den tak lalu....tapi ada beberapa pengunjung yang bersama kami ada cuba untuk makan. Yang sorang tu, beria-ia ambik gambar ulat sagu tu kat dalam mulut. Tapi bila lepas bergambar terus diludahkan semula ulat tu. Ye lah..this is not our culture kan, of course kita tak sanggup nak makan. But for them, ulat tu memang sedap.
After dah penat pusing2 dalam Monsopiad Cultural Village tu, kami pun terus balik hotel sebab jam pun dah tunjukkan pukul 6 lebih. Penat woo...dari pukul 9 pagi keluar hotel, sampai petang baru balik hotel semula. Malam pulak sibuk2 kemas/packing barang2 semua. Nasib baik ada kereta, so semua souvenir yang beli kat Gaya street dan Filipines market tadi just lempar jek dalam kereta. Oppppsss.....baru saya teringat. Saya terlupa nak cerita yang kami jugak ada pergi ke Pasar Filipina dan Pasar Minggu di Gaya Street. Di Pasar Filipina, kebanyakan dari mereka jual pelbagai aksesori, manik2 dan kraftangan tradisonal. Memang banyak betul aksesori manik2 dan kristal. Syokkkk...saya sukeeee sangat benda2 mcm ni. Nasib baik saya tak bawak duit banyak2 sangat masa pergi sini, kalau tak memang habislah jawabnya. Lepas penat2 pusing kat Filipines market, kami minum air kelapa kat gerai area2 situ jugak.
Then after that je kami pergi ke Gaya Street-salah satu pasar minggu terbesar di KK. Pasar ni cuma ada pada hari Ahad jek. Panjang betul pasar ni and we manage to cover it all. Macam2 jualan ada dan sekali lagi saya nampak banyak aksesori wanita dari kristal dan manik2 yang dijual.
So...kesimpulannya saya puas hati sebab segala tempat yang saya nak pergi di pekan KK saya dapat pergi.
So..the next hotel is Kinabalu Pine Resort di Kundasang. Next post okey. Chawww dulu.
2 comments:
I just want to comment one words from your statement..kk is not "PEKAN" kk is "BANDARAYA"..please make sure you know which word to use..
*** mesti orang KK sebab sensitif dgn perkataan "pekan". Yelah...orang bandaraya katanya...hihi
Post a Comment