Saya akui agak terlewat nak bercerita mengenai tahun baru 2010 memandangkan sudah 12 hari ia berlalu dan kita telahpun meneruskan kehidupan yang seterusnya. Walaubagaimanapun, saya rasa terpanggil juga untuk menulis di sini. Mungkin kerana saya mempunyai cerita yang menarik (bagi saya) untuk dikongsi dan dicatatkan di e-diari saya ini. Tahun ini....saya sangat gembira. Ini adalah kerana keluarga kami bakal menerima dua orang ahli baru (bukan baby) tapi.... saya bakal menerima dua orang adik ipar sekaligus pada tahun ini. Harap-harap segala yang dirancang akan dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH kerana saya tahu adik-adik saya benar-benar mahukan perubahan di dalam hidup mereka pada tahun ini.
Untuk pengetahuan, adik lelaki saya Muhammad Isamudin bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Aishah pada 11.6.2010, manakala adik perempuan saya pula insyaALLAH....bakal mengekori langkah yang sama pada 10.10.2010. Walaupun kami sekeluarga pasti benar-benar akan keletihan menguruskan dua buah kenduri besar berturut-turut tetapi ia tidak akan dapat menandingi kegembiraan di hati kami.
Saya benar-benar berharap ia akan berjalan dengan lancar. Dan untuk adik-adik yang saya kasihi....tahniah, semoga mahligai yang bakal dibina akan berkekalan buat selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang, selagi ada bumi untuk berpijak....
No comments:
Post a Comment