Monday, August 18, 2008

Akhirnya....."Sandaran Hati oleh Aini Marisha



NOVEL TERBARU DARI ALAF 21 KINI BERADA DI PASARAN!

KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.
Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropolitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia. Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.
Puas berdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan. "Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

6 comments:

diya jamal said...

tahniah untuk novel..
masuk carta alaf21 lagi..
saya pun minat menulis tapi tak tahu nak buat apa dengan novel2 yang sedia ada..
nurul ada apa2 cadangan?

BTW, saya akan cuba dapatkan novel sandaran hati itu..
macam saspen je dgn sinopsis dia..

Aini Marisha said...

Terima kasih kerana Rubi singgah di rumah saya. Cadangan saya Rubi cuba hantar manuskrip novel Rubi ke syarikat-syarikat penerbit novel yang sedia ada. Jangan kecewa kalau novel kita tak diterima pada mulanya. Cuba pula ke penerbit novel yang lain. Macam itu jugalah yang saya buat. Alhamdulillah akhirnya diterima.

diya jamal said...

Terima kasih kerana sudi menjawab persoalan saya. Namun saya ingin bertanya, bak kata orang malu bertanya sesat jalan.

Jadi, bagaimana saya mahu menghasilkan manuskrip? Adakah ia umpama sinopsis untuk novel? Berapa pula panjang perkataan yang wajar ada?

Oh, ya. Saya masih belum mampu memiliki novel Sandaran Hati. Minggu exam ini menghalang pergerakan saya. Haha..

fadillah abdul basir said...

Salam perkenalan di alammaya ....Hai Aini...saya dah baca novel2 Aini...saya adalah peminat novel dari Alaf 21...boleh tak saya nak tanya Aini...saya ada beberapa tulisan novel tulisansaya sendiri..tetapi saya x tahu bagaimana nak published novel2 saya tu....apa pandanganAini?

fadillah abdul basir said...

Hmm..nampakbest jer sandaran hati ni....mesti p cari ni...

Julianah said...

tahniah buat aini.....novel sandaran hati memang best....
sekali baca memang tak puas, kena baca berulang2 kali..... suka sangat dengan jalan ceritanya.....