Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah.....Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Eh eh, bersyukur bukan sebab saya dah tak perlu berlapar dahaga, tetapi bersyukur kerana ALLAH (swt) telah memberikan saya kesabaran dan peluang untuk menghabiskan tuntutan Rukun Islam ini.

Tidak ada sesiapa dari kita yang dapat memastikan bahawa kita akan dapat menikmati dan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini kan. Jadi, peluang yang ada setahun sekali ini patut kita gunakan sebaiknya untuk menambahkan amal ibadat kita.

Okeylah....Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu di rumah ini. Jika ada mana-mana tulisan saya telah mengguris hati tuan2 dan puan2, saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf seikhlas hati. Sesungguhnya sikap sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain adalah antara sikap terpuji yang amat dituntut oleh agama kita.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Sunday, August 14, 2011

Poster Terbaru Alaf 21-Trionovel Bulan Ogos, 2011




Ini adalah poster Trionovel bagi bulan Ogos, 2011. Novel Usah Menangis Sayang termasuk dalam keluaran bulan Ogos ini. Rasa begitu teruja apabila terima sms dari editor memaklumkan bahawa novel UMS telah dipamerkan di FB Alaf 21. Dan kali pertama tengok novel ni, perasaan yang bermain di hati...mcm2. Bersyukur, gembira, teruja, sebak pun ada sebab berjaya juga saya menyiapkan novel ini walaupun ia mengambil masa agak lama untuk diterbitkan. Walaubagaimanapun, saya suka dengan hasilnya.

Saya harap para peminat novel, khususnya pembaca setia Novel Alaf 21 akan memberi sokongan kepada saya sebagai seorang penulis yang masih baru supaya saya lebih bersemangat untuk terus menulis di masa akan datang. Jika ada idea atau pendapat2 yang baik yang boleh saya gunakan di dalam novel2 akan datang, saya harap pembaca sudi berkongsinya dengan saya ya.

Friday, August 12, 2011

Memperkenalkan.....Usah Menangis Sayang

Salam semua, saya sangat2 happy sebab setelah begitu lama menunggu akhirnya bby baru saya sudah siap untuk dijual di kedai2 buku untuk tatapan peminat2 novel ALAF 21 khususnya. Kalau nak tahu, sinopsis belakang novel adalah seperti di bawah ni...

Sinopsis: ‘Berkorban apa saja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan mulia.’

Bagi Hartini, berkorban apa saja demi Isma, sahabat baik dunia dan akhiratnya, dia sanggup melakukannya. Tetapi berkorban untuk berkongsi kasih dengan bekas suami Isma menjerat batinnya… menyesakkan nafasnya. Dia tidak sanggup, malah jauh sekali bercinta dengan lelaki itu sedangkan dia sudah punya pilihan hati. Isma merayu dan terus merayu agar Hartini menerima bekas suaminya, Syed Imran setelah dia diceraikan dengan talak tiga. Dia akui silap dan sikapnya yang cemburu buta mengakibatkan suaminya terlepas melafazkan kalimah itu, sedangkan mereka bagaikan pasangan merpati dua sejoli selama ini.

Ah, berat sungguh permintaan itu! Hartini buntu memikirkannya. Bagaimana dia harus berterus terang dengan Faizul yang dicintainya dan emak di kampung? Sekiranya dia mengahwini Syed Imran, adakah pengorbanannya itu berbaloi? Ya, dia harus nekad. Demi kasih sayang terhadap sahabat sejati, dia sanggup menjadi isteri Syed Imran, tetapi statusnya itu hanya di atas kertas tanpa pengetahuan orang lain. Faizul terpaksa ditinggalkan dalam diam.


hmmm....baca sinopsis je mcm dah boleh bayangkan tema cerita ni kan. Ada tema cinta, tema sahabat sejati, tema pengorbanan, sedih dan sebagainya. Macam-macam isu ada kat dalam ni.

Saya memang suka menulis cerita cinta dan saya rasa pembaca begitu juga kan. Actually, mula2 saya ingat nak buat sad ending untuk cerita ni, tapi bila difikirkan semula, saya tukar sebab saya nak pembaca tersenyum gembira dan bukannya mengeluh sebab hero/heroin meninggal kan. Sebab saya sendiri pun tak suka juga kalau pergi tengok movie yang diakhiri dengan sad ending ni. So...kita kena ikut kehendak pembaca, apa yang mereka suka dan tak suka kan.

Okeylah....selamat membaca ye. Harap2 ada komen yang membina nanti.