Monday, January 11, 2010

Percutian keluarga di Melaka (penutup tahun 2009)

OKey, entry kali ni saya nak berkongsi percutian kami sekeluarga pada hujung tahun yang lepas (macamlah lama sangat dah bunyinya kan). Kami pergi pada 25-27hb Disember 2009. Planning dibuat last2 minit dan puas saya dan adik menelefon hotel-hotel di Melaka untuk menempah tempat penginapan tapi jawapan yang diterima semuanya sama.."dah full". Kami hampir putus asa dan rasa macam terpaksa batalkan percutian ni. Tapi...alhamdulillah, akhirnya atas pertolongan kawan yang bekerja di Melaka, kami dapat jugak menyewa sebuah homestay di Air Keroh. Walaupun agak jauh dari kawasan bandar Melaka, namun dalam keadaan terdesak macam ni, ia tempat yang paling sesuai buat kami sekeluarga yang datang dalam 13 orang semuanya. Homestay ni sebuah rumah banglo 3 bilik, lengkap dengan kemudahan bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Amat selesa untuk keluarga yang ramai macam kami.


Di Melaka, sebelum ke bandar, kami singgah di A-Famosa Water World (tak masuk pun). Kami cuma bergambar. Adik-adik tidak lepaskan peluang menunggang gajah dan unta. Selepas itu kami bertolak ke bandar dan menaiki Menara Taming Sari. Cuaca yang agak panas dan kesibukan traffik serta orang ramai yang membanjiri Bandar DiHilir membuatkan kami semua tidak tahan berada terlalu lama di situ. Perjalanan saja telah membuang banyak masa kami dan masing-masing bukannya penat berjalan tetapi penat kerana terpaksa duduk di dalam kereta terlalu lama. Kami juga singgah di Kubur Hang Tuah dan menikmati Coconut Vanilla Shake (rasanya lah) di sebuah gerai di tepi jalan di Tanjung Keling. Ramai sangat orang yang beratur untuk membeli air kelapa tu. Kami juga tak lepaskan peluang sebab tak pernah nampak air kepala ni dijual cara macam tu. Rasanya...hmmmm, not bad. Tapi yang membuatkan saya terkilan adalah, pantai Tanjung Keling telah ditambak. Saya ingat nak duduk-duduk di tepi pantai sambil menikmati pisang goreng panas dan air kelapa sebab kali pertama saya pergi, pantai tersebut masih cantik. Anak saya siap menunggang kuda dan bermain layang-layang. Tapi kali ini permandangan tu dah tak ada lagi. Kawasan sepanjang pantai telah ditambak (untuk dibuat kawasan perumahan) dan penghadang-penghadang telah dinaikkan. Tidak ada lagi kawasan pantai yang cantik. Itu yang paling saya kesalkan...

Pada malamnya makan di Umbai (medan ikan bakar), walaupun mahal tapi berbaloi sebab masakannya sedappp sangat.

On the way balik ke Ipoh, kami singgah di Taman Buaya (Air Keroh) dan singgah di tempat sewa go-kart yang mana saya, suami dan adik-adik seronok naik buggy manakala anak saudara menyewa motor kecil.

3 hari di Melaka adalah saat yang benar-benar menyeronokkan bagi saya. Bukan senang sebenarnya untuk kami dapat bersama begini, memang dah lama saya mahu bercuti bersama bersama keluarga tetapi baru sekarang ia dapat dilaksanakan. Semoga ikatan kekeluargaan kami akan kekal bahagia selama-lamanya.

Diari Baru 2010

Saya akui agak terlewat nak bercerita mengenai tahun baru 2010 memandangkan sudah 12 hari ia berlalu dan kita telahpun meneruskan kehidupan yang seterusnya. Walaubagaimanapun, saya rasa terpanggil juga untuk menulis di sini. Mungkin kerana saya mempunyai cerita yang menarik (bagi saya) untuk dikongsi dan dicatatkan di e-diari saya ini. Tahun ini....saya sangat gembira. Ini adalah kerana keluarga kami bakal menerima dua orang ahli baru (bukan baby) tapi.... saya bakal menerima dua orang adik ipar sekaligus pada tahun ini. Harap-harap segala yang dirancang akan dipermudahkan dan diberkati oleh ALLAH kerana saya tahu adik-adik saya benar-benar mahukan perubahan di dalam hidup mereka pada tahun ini.

Untuk pengetahuan, adik lelaki saya Muhammad Isamudin bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Aishah pada 11.6.2010, manakala adik perempuan saya pula insyaALLAH....bakal mengekori langkah yang sama pada 10.10.2010. Walaupun kami sekeluarga pasti benar-benar akan keletihan menguruskan dua buah kenduri besar berturut-turut tetapi ia tidak akan dapat menandingi kegembiraan di hati kami.

Saya benar-benar berharap ia akan berjalan dengan lancar. Dan untuk adik-adik yang saya kasihi....tahniah, semoga mahligai yang bakal dibina akan berkekalan buat selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang, selagi ada bumi untuk berpijak....