Saya update cerita-cerita saya di : http://anidaonestophouse.blogspot.com/ Jumpa anda di sana ye....
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 19, 2009
Plagiat jugak...tapi apa salahnya kan kalau benda ni baik...
Untuk sepupu saya Ima....kak ida pun copy jugak cerita ni ye.
Saya yang sememangnya cukup cepat tersentuh dengan kizah-kisah yang melibatkan anak-anak yatim atau orang-orang tua yang terabai, memang merasa amat sebak serta menitis air mata apabila membaca kisah ni. Saya harap kisah ini akan dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca agar mereka mencontohi sikap kanak-kanak tersebut. Rezeki ALLAH begitu banyak di bumi ini dan untuk mendapatkannnya kita perlu berusaha dengan gigih dan bukannya hanya menunggu dan mengharap begitu sahaja. Jauh di sudut hati, saya teringin hendak bertemu dengan kanak-kanak tersebut....siapakah dia agaknya ye.
Bacalah kisah di bawah....
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk,
saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk
Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di
pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki
berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik....Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia
berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma
setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih
sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak
cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu
pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu
pelanggan.
Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya
melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman,
saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak
jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak
tadi berdiri di tepi kereta. Dia meng hadi ahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih
saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan
menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan
bersahaja.
Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan
menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya. "Ambil
ni dik! Abang sedekah.... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata
ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu
menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan
kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit
tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis.. Kata mak kita mesti
bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada
saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan
jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang
yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma
ngangguk. lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!" Selepas
dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan
RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya.
Anak yatim kah?? Siapakah wani ta berhati mulia yang melahirknya? ?
Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar
kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan
kerjayanya satu penghormatan.
Tuesday, September 29, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Macammana dengan sambutan hari raya yang lalu? Actually kita masih lagi di bulan Syawal...jadi masih lagi di suasana hari raya. Sana sini masih lagi banyak rumah-rumah terbuka diadakan. Meriah sungguh kan bila sekali sekala saudara mara, sahabat handai datang berkumpul di rumah kita. Kita pun masa tu tak menang tangan melayan segala kerenah tetamu-tetamu yang datang. Walaupun penat, tapi hari gembira. Itu yang penting. Bercerita juga mengenai rumah terbuka, apa yang penting ialah niat tuan rumah. Niat kita mestilah ikhlas dan tulus suci untuk menjemput tetamu datang berhari raya di rumah kita dan bukannya mengandungi niat tersirat contohnya...mungkin juga hendak menunjuk2 kemewahan yang ada, rumah yang cantik, mewah dan sebagainya ataupun untuk membuktikan kita mampu mengadakan jamuan yang besar-besaran. So...tetapkan hati dan niat...biar jujur dan ikhlas agar kita mendapat pahala dari ALLAH atas keikhlasan kita itu. Dan...seperti mana yang kita tahu, setiap tetamu yang datang ke rumah kita itu, mereka juga pembawa rezeki ke rumah kita. Jadi..layanlah tetamu yang datang dengan sebaik mungkin walau siapa sahaja mereka tanpa mengira darjat dan keturunan, miskin atau kaya.
Sekian dulu. Setiap yang baik itu datang dari ALLAH (s.w.t) dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Wassalam.
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Friday, August 21, 2009
AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan sesungguhnya banyak memberi pengajaran kepada umat Islam. Selain dari meningkatkan keimanan kita kepada ALLAH, dalam masa yang sama kita juga akan dapat merasa bagaimana siksanya hidup tanpa makanan seperti yang dialami oleh penduduk-penduduk di negara lain yang ketandusan bekalan makanan. Kita perlu banyak muhasabah diri kita sendiri dan merenung ke belakang, ke arah kehidupan yang telah kita lalui, amalan yang telah kita lakukan dan dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan.
Maafkan saya, saya bukan seorang guru agama, bukan seorang ustazah tapi saya adalah seorang manusia biasa yang bercakap ikhlas dari hati saya. Apa yang saya tuliskan adalah apa yang saya fikirkan sekarang ini. Saya juga manusia yang banyak melakukan dosa. Dengan menulis begini, saya juga sebenarnya ingin mendidik hati saya sendiri agar lebih mendekati ALLAH, agar lebih kuat berusaha menjadi seorang yang lebih baik, agar sentiasa mematuhi perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama Islam dan meninggalkan terus larangannya.
Pembaca-pembaca sekalian, maril;ah kita sama-sama berusaha. Saya, anda, kawan-kawan, kaum keluarga, anak-anak...kita adalah makhluk ALLAH yang sangat kerdil. Bersyukurlah....jika kita hidup senang, jangan lupakan orang yang susah. Jika kita hidup susah, jangan sesekali bersangka buruk pada ALLAH kerana ia mungkin satu ujian kepada kita.
Sekian dulu. Wassalam.
Tuesday, July 7, 2009
CUPCAKES
Wednesday, June 17, 2009
tujuh ayat cinta
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan
oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasullullah
siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia
akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.
Tuesday, June 16, 2009
Rumahku Syurgaku
Monday, June 15, 2009
Majlis Pertemuan Novelis Alaf 21
saya sebenarnya telah dihubungi oleh Kak Wan dua minggu sebelum majlis ini. Dalam hati masih lagi berkira-kira sama ada mahu pergi atau tidak memandangkan baru minggu lepas saya baru pulang dari bercuti bersama keluarga ke Singapura. Letih menerokai bandar Singa itu pun masih belum hilang dan kini mahu memandu pula ke Shah Alam. Seperti biasa saya bertanya dulu pada husband memandangkan dia yang akan membawa saya ke sana jika diizinkan. Alhamdulillah....dia bersetuju.
Akhirnya seminggu sebelum tarikh tersebut, saya mengesahkan pada kak Wan bahawa saya akan hadir. Hati berdebar-debar membilang hari. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Maklumlah..saya penulis baru di Alaf 21. Ramai penulis-pemulis yang saya hanya kenal melalui novel-novel mereka yang sempat saya baca dan melalui laman web Alaf serta blog-blog empunya diri.
Pagi Sabtu (pukul 5.00 pagi) saya bertolak dari Ipoh. Singgah sebentar di R&R untuk bersolat Subuh dan kemudian meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Anak kesayangan saya terus dibuai mimpi sehinggalah kami tiba di perkarangan hotel De Palma. Saya mengajak suami bersarapan terlebih dahulu kerana hari masih awal. Kami tiba jam 8.00 pagi. Kami bersarapan di kedai makan berhampiran hotel.
Pukul 8.30 pagi, saya masuk ke hotel. Kelihatan beberapa penulis yang saya kenali wajahnya. Tetapi saya masih malu-malu. Orang yang mula saya cari adalah Bikash kerana kami pernah berhubungan di internet dan saya ada bertanya beberapa perkara mengenai penulisan dengan Bikash. Alhamdulillah....Bikash sangat mesra orangnya. Malah bukan sahaja Bikash tetapi semua penulis-penulis di situ sangat mesra seperti sebuah keluarga. Mereka saling bersalaman dan berpelukan apabila bertemu. Saya duduk semeja dengan Bikash, Aleeya dan beberapa penulis lain yang saya terlupa namanya (maaf ye). Dari meja makan, saya memerhati dari jauh dan kelihatan HM Tuah, Kak Anis Ayuni, Sri Diah, Kak Meen Zulaikha dan Kak Norzailina Nordin. Terasa kecil diri ini apabila berada di tengah-tengah mereka.
Selesai bersarapan, kami bergerak ke bilik yang telah disediakan. Kemudian masuk Richie Rahman. Separuh majlis, Ramlee Awang Murshid tiba. Saya yang keseorangan pada mulanya di meja, akhirnya ditemani oleh Kak Anis dan Kak Meen Zulaikha. Mereka berdua memang baik sangat...saya rasa selesa berbual dengan mereka walaupun kami baru berkenalan.
Okeylah....kesimpulannya, saya rasa bertuah sangat kerana diterima menjadi salah seorang penulis di Alaf 21. Semangat saya untuk menulis semakin berkobar-kobar apabila mendengar kata-kata dari En. Nordin pada hari itu. Terutama apabila Alaf 21 menekankan aspek rohaniah, spiritual dan bukan hanya duniawi semata-mata. Memang benar, mata pena lebih tajam dari mata pedang. Seperti yang dikatakan oleh En. Nordin, jadikan ilmu dan ilham yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t) kepada kita sebagai satu cara untuk kita mencari pahala, membuat kebaikan dengan cara mendidik pembaca-pembaca agar menjadi individu yang lebih baik apabila mereka membaca novel-novel yang ditulis oleh kita. Saya berharap apa yang saya tuliskan di dalam novel-novel saya akan dapat memberi impak yang positif kepada semua pembaca. Malah,semasa menulis, saya bukan sahaja cuba menyampaikan mesej yang baik kepada pembaca tetapi dalam masa yang sama, saya ingin mendidik diri saya sendiri agar sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik. Yang lebih penting ialah kita tahu tujuan kita, kita tahu siapa diri kita dan kita tahu di mana kedudukan kita.
Saya adalah hamba ALLAH, hidup dan mati saya hanyalah untuk ALLAH.....setiap yang saya lakukan di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan ALLAH. Saya harap ALLAH akan memberkati setiap apa yang saya lakukan. Amiiin...
Friday, May 29, 2009
Sekadar satu cerita....
panjang saya bermenung sebelum ingin memulakan new post. Saya telah lama sedar bahawa saya jarang sangat menulis di rumah sendiri. Masa? Mungkin salah satu penyebabnya.sibuk?....boleh jadi juga. Entahlah....kebelakangan ini pelbagai perkara yang berserabut di fikiran dan pelbagai perancangan yang cuba saya aturkan. Dan kesibukan serta masa yang semakin mengejar menyebabkan saya tertinggalkan salah satu minat yang sekian lama telah tersemai di jiwa saya...iaitu menulis.
Semalam setelah sekian lama, saya membuka semula manuskrip yang agak lama terbiar. Ceritanya masih tergantung walaupun sudah hampir 200 mukasurat saya taip. Apa ya endingnya? Of course saya mahukan ia berakhir dengan kebahagiaan dan kegembiraan agar dapat memuaskan hati sendiri dan juga pembaca. Idea telah ada tetapi saya perlu mengolahnya agar menjadi satu cerita yang menarik dan lebih baik dari sebelumnya. Setelah penat berperang dengan perasaan dan fikiran sendiri akhirnya saya menjenguk pula beberapa blog penulis lain sekadar untuk meredakan ketegangan hati dan fikiran. Kemudian saya singgah pula ke blog Alaf 21. Amboii...semakin banyak buku2 baru yang sudah berada di pasaran. Ramai juga penulis-penilus baru yang telah diketengahkan oleh Alaf. Saya berbangga kerana telah juga menjadi salah seorang penulis di ALaf 21 dan harapan saya semoga saya akan dapat lagi melihat karya saya diterbitkan di bawah syarikat penerbitan ini di masa akan datang. Semoga ALLAH mengurniakan saya idea-idea yang baik untuk saya lakarkan, olahkan menjadi sebuah cerita yang menarik untuk dibaca oleh peminat-peminat novel.
Actually, saya masih menanti satu lagi manuskrip saya untuk diterbitkan tahun ini oleh Alaf. Harap2nya sempat keluar untuk tahun ini. Ia sesuatu yang membanggakan apabila melihat novel tulisan sendiri tersusun di rak-rak kedai buku. Saya pasti itu juga perasaan setiap penulis yang lain.
Okeylah...panjang pula saya melalut. Dalam tak tahu nak menulis apa, akhirnya tanpa sedar, saya telah menulis begitu panjang. Agaknya gian nak menulis kot. Ok, dah tiba masanya saya menyambung semula manuskrip yang terbiar. Akan saya habiskan ceritanya dalam tahun ini juga, dan harap2nya tahun depan manuskrip ini akand apat diterbitkan untuk dikongsi bersama para peminta novel.
Salam Mesra dari saya....
Aini Marisha/Nurul Astiqha...whatever the name is, I'm still me. A wife, a mom, a daughter, a friend, a sister...and a khalifah in this great world. Thanks ALLAH for all the gift that you have lend to me. ALHAMDULILLAH...
Friday, March 6, 2009
Review untuk Pencarian Adleena
Pencarian Adleena
by Nurul Astiqha
annur’s review
**** (4 bintang)
“Cerita yang menarik pada saya ketika membacanya kerana ianya berkisarkan dunia perundangan. Dari sini tahulah saya bagaimana prosedur bagi sesuatu perbicaraan.
Adleena, 27 tahun seorang majistret pada mulanya dan telah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Pendakwaraya merupakan seorang gadis yang garang dan tegas. Ibu bapa Adleena risau kerana Adleena masih belum mempunyai teman lelaki walhal adiknya Ana telah pun bertunang. Maka dengan itu, ibunya telah berpakat dengan sepupunya iaitu Faizal untuk memberi tempoh kepada Adleena mencari pasangan hidupnya. Tempoh yang diberikan ialah selama 6 bulan. Sekiranya dalam tempoh tersebut Adleena tidak berjumpa dengan calon suaminya, maka sebarang pinangan selepas tempoh tersebut akan diterima oleh ibunya. Shameer, lelaki yang ditemui semasa dalam tempoh 6 bulan yang diberikan telah mendebarkan jiwa Adleena tetapi perasaan egonya membuatkan Adleena memendam perasaan. Tanpa pengetahuan Adleena, Shameer juga mempunyai rasa yang sama apabila pertama kali bertemu dengan Adleena. Walau bagaimanapun, kewujudan Hazlina di sisi Shameer telah membuat hati Adleena luka.
Thursday, March 5, 2009
Review untuk Sandaran Hati
"Dah lama tengok buku ni dlm senarai queue utk aku membacanya.. haha.. dahsyatkan? sampai kena buat queue. kalau tak makin byk la buku lama yg aku tak baca. Akhirnya aku capai jugak buku ni.
Awal-awal cerita aku rasa agak kurang lancar dan dialog2 kurang convincing. Memandangkan mood membaca aku tengah bagus aku berjaya melepasi separuh novel ini. Amazingly, selepas pertengahan cerita, Aini Marisha mendapat rentak dan memanipulasi chemistry Amalia-Farhan dengan amat baik dalam kisah ni. Sebu dada biler cinta mereka membuak-buak tapi jodoh Farhan dengan orang lain. Memang terasa-rasa rontaan jiwa Amalia-Farhan ni yang saling memendam perasaan kerana masing2 pernah menyuarakan penolakan apabila dicadangkan supaya berkahwin pada mulanya. Tapi biler dah lama2 tu diorang jatuh cinta dalam diam dan serba salah pulak nak mengaku.
Raihana yg sudah lama mengidamkan Farhan sbg suami memasang perangkap dan menuntut janji dari Farhan. Farhan mulai sedar, dgn Raihana dia mengikut kehendak nafsu semata-mata tapi dia ni jenis menjaga adab pergaulan lah. Tapi kehadiran Amalia mendorong dia utk melihat kecantikan dari sudut yang berbeza, yg melibatkan jiwa, emosi dan perasaan.
Ending yg membuatkan kita tersenyum puas :)
sure fine whatever"
rinn
sesuciiman wrote on Feb 20
"fuh..lamenye dlm wait list.... hahaha... finally timbul gak review.... mmg mule2 tu slow sikit but dah halfway thru baru semangat sikit jln citer dia...Ti minat betul time they all tunaikan Umrah especially part di Masjidil Haram...hmmm... :-) (tringat plak citer Adam & Hawa)....
Rahsia ALLAH siape yg tahu??? Akhirnya....makbul juga doa Han & Lia... :-)
novelcinta wrote on Feb 27
haha.. sabo jer Ti. Memang la dah lama dalam list tapi asyik bertangguh jer nak baca. Memang towards the end citer ni memberi kesan mendalam. Can't wait to read karya2 lain penulis ni :)
Rating SUARA PUSPANITA : **** boleh buat koleksi dan baca berulang kali.
Friday, February 20, 2009
Lagi-untuk renungan bersama
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya..Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah (swt)memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki..
11. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.
Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Yang Lain
Wednesday, February 18, 2009
Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W
SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Wanita yang Solehah-untuk renungan dan pedoman diri sendiri dan semua pengunjung
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Friday, February 13, 2009
Sad Ending atau Happy Ending
Dan inilah yang ingin saya lakukan.....apa-apa pun tunggulah. Suatu hari nanti pembaca akan faham apakah maksud yang ingin saya sampaikan.
Sandaran Hati-Cetakan ke-2
Salam kasih dari alam maya,
Aini Marisha