Monday, March 17, 2008

JIWA YANG PARAH

Di kesunyian dinihari,
Hati bermunajat,
jiwa berbisik penuh syahdu,
Maafkanku Ya ALLAH...
Maafkanku Ya ALLAH...
Maafkan ku Ya ALLAH...

Walau lidah berulangkali melafaskan maaf,
Walau segantang air mata merembes membasahi pipi,
Walau setinggi manapun tangan dijulang memohon hidayah
Namun hati masih dirantai dengan perasaan berdosa...

Ah!! kenapa mataku tidak celik lebih awal?
Kenapa aku masih terus menerus tertarik dengan syurga dunia?
Kenapa aku tidak sujud bertaubat ketika kedut-kedut belum terpamir di wajah?
Kenapa ketika terumbang ambing sendirian barulah kesal bertandang?

Ya ALLAH....tolonglah Ya ALLAH...
KAU panjangkanlah umurku,
Agar dengan sisa-sisa umurku yang masih ada,
Dapat aku sujud kepadaMU,
berpuasa keranaMU,
menangis keranaMU,
beribadat keranaMU,

Aku redha Ya ALLAH...
Jika kini aku kelaparan,
Jika kini aku kesunyian,
Jika kini aku kesejukan,
Jika kini aku sendiri kesakitan...
Itu adalah kerana aku sendiri....
Kerana aku melupaiMu ketika aku kuat,
Aku melupaiMu ketika aku cantik,
Aku melupaiMU ketika aku kaya,

Aku benar-benar lupa,
Lupa bahawa segala apa yang aku miliku di bumi ini...
Semuanya milikMU...
ALLAH YANG MAHA KAYA......

No comments: