Saya update cerita-cerita saya di : http://anidaonestophouse.blogspot.com/ Jumpa anda di sana ye....
Sunday, January 10, 2016
Dugaan dan cabaran tahun baru 2016
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Tahun baru 2016 baru sahaja beberapa hari menjenguk dan menyelak tirainya. Sepertimana semua orang yg menanam azam tahun baru, begitu juga saya dan sudah tentu azamnya adalah supaya tahun ini menjanjikan sesuatu yg lebih baik dan bermakna dari tahun2 yg lepas kan. Namun kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah s.w.t yang sudah tentu dan pasti kejadiannya.
Allahuakbar...Maha Suci Allah yang Maha Hebat dan Berkuasa mengaturkan semua yang berlaku. Rasanya tahun 2016 ini adalah tahun yang betul2 memberikan cabaran dan dugaan yang hebat, bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada seluruh keluarga saya. Apa2 pun...siapalah kita untuk menidakkan takdirNya. Semua ujian yang diturunkan adalah rahsia Allah....kita tidak tahu kenapa. Sudah pasti Allah mahukan kita supaya sentiasa bermuhasabah diri....merenung kembali ke belakang....dan menginsafi atas kesalahan2 yang mungkin telah kita lakukan samaada secara sedar atau tidak.
Semoga ada sinar di kemudian hari...semoga dugaan ini tidak berpanjangan. Semoga di sebalik dugaan ini tersembunyi seribu kerahmatan buat kami sekeluarga. Aamin Ya Rabbal Alaminn.
Subscribe to:
Posts (Atom)