Wednesday, June 17, 2009

tujuh ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan
oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.



3.Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.



4.Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.



5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.



6.Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.



7.Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.



Anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasullullah
siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia
akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.

Pesta Buku Alaf 21

Tuesday, June 16, 2009

Rumahku Syurgaku

rumahku syurgaku.....di laman sesawang ini, blog ini adalah rumah saya. Saya mahu menggunakannya sebagai satu tempat untuk saya berdikusi, mendidik bukan sahaja untuk diri saya sendiri malah diharap ia akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang sudi singgah di sini atau secara tidak sengaja datang ke sini. Video-video yang saya download ini adalah video-video yang menyentuh hati saya dan memberi kesan kepada jiwa saya. Saya harap ia juga dirasai begitu oleh semua pembaca. Ini adalah salah satu cara saya menyebarkan dan berkongsi ilmu yang saya perolehi. Semoga usaha sedikit saya ini akan diberkati ALLAH dengan cara diberikannya saya hidup yang lebih dirahmati di masa-masa hadapan saya. Amiiin.

Doa Taubat

Selawat Syifa

Asmaul Husna

Monday, June 15, 2009



Ini nasyid lagu Matahari yang dimainkan sewaktu Majlis Perjumpaan Penulis Alaf 21. Saya difahamkan lagu ini dimainkan sewaktu kursus ESQ yang dihadiri oleh warga Alaf. HAyati lirik lagunya...Subhanallah....

Majlis Pertemuan Novelis Alaf 21

Assalamualaikum, hari ini saya mahu berkongsi cerita mengenai pertemuan novelis Alaf 21 yang telah diadakan pada Sabtu lepas (13.6.2009) di Hotel De Palma Shah Alam.
saya sebenarnya telah dihubungi oleh Kak Wan dua minggu sebelum majlis ini. Dalam hati masih lagi berkira-kira sama ada mahu pergi atau tidak memandangkan baru minggu lepas saya baru pulang dari bercuti bersama keluarga ke Singapura. Letih menerokai bandar Singa itu pun masih belum hilang dan kini mahu memandu pula ke Shah Alam. Seperti biasa saya bertanya dulu pada husband memandangkan dia yang akan membawa saya ke sana jika diizinkan. Alhamdulillah....dia bersetuju.

Akhirnya seminggu sebelum tarikh tersebut, saya mengesahkan pada kak Wan bahawa saya akan hadir. Hati berdebar-debar membilang hari. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Maklumlah..saya penulis baru di Alaf 21. Ramai penulis-pemulis yang saya hanya kenal melalui novel-novel mereka yang sempat saya baca dan melalui laman web Alaf serta blog-blog empunya diri.

Pagi Sabtu (pukul 5.00 pagi) saya bertolak dari Ipoh. Singgah sebentar di R&R untuk bersolat Subuh dan kemudian meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Anak kesayangan saya terus dibuai mimpi sehinggalah kami tiba di perkarangan hotel De Palma. Saya mengajak suami bersarapan terlebih dahulu kerana hari masih awal. Kami tiba jam 8.00 pagi. Kami bersarapan di kedai makan berhampiran hotel.

Pukul 8.30 pagi, saya masuk ke hotel. Kelihatan beberapa penulis yang saya kenali wajahnya. Tetapi saya masih malu-malu. Orang yang mula saya cari adalah Bikash kerana kami pernah berhubungan di internet dan saya ada bertanya beberapa perkara mengenai penulisan dengan Bikash. Alhamdulillah....Bikash sangat mesra orangnya. Malah bukan sahaja Bikash tetapi semua penulis-penulis di situ sangat mesra seperti sebuah keluarga. Mereka saling bersalaman dan berpelukan apabila bertemu. Saya duduk semeja dengan Bikash, Aleeya dan beberapa penulis lain yang saya terlupa namanya (maaf ye). Dari meja makan, saya memerhati dari jauh dan kelihatan HM Tuah, Kak Anis Ayuni, Sri Diah, Kak Meen Zulaikha dan Kak Norzailina Nordin. Terasa kecil diri ini apabila berada di tengah-tengah mereka.

Selesai bersarapan, kami bergerak ke bilik yang telah disediakan. Kemudian masuk Richie Rahman. Separuh majlis, Ramlee Awang Murshid tiba. Saya yang keseorangan pada mulanya di meja, akhirnya ditemani oleh Kak Anis dan Kak Meen Zulaikha. Mereka berdua memang baik sangat...saya rasa selesa berbual dengan mereka walaupun kami baru berkenalan.

Okeylah....kesimpulannya, saya rasa bertuah sangat kerana diterima menjadi salah seorang penulis di Alaf 21. Semangat saya untuk menulis semakin berkobar-kobar apabila mendengar kata-kata dari En. Nordin pada hari itu. Terutama apabila Alaf 21 menekankan aspek rohaniah, spiritual dan bukan hanya duniawi semata-mata. Memang benar, mata pena lebih tajam dari mata pedang. Seperti yang dikatakan oleh En. Nordin, jadikan ilmu dan ilham yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t) kepada kita sebagai satu cara untuk kita mencari pahala, membuat kebaikan dengan cara mendidik pembaca-pembaca agar menjadi individu yang lebih baik apabila mereka membaca novel-novel yang ditulis oleh kita. Saya berharap apa yang saya tuliskan di dalam novel-novel saya akan dapat memberi impak yang positif kepada semua pembaca. Malah,semasa menulis, saya bukan sahaja cuba menyampaikan mesej yang baik kepada pembaca tetapi dalam masa yang sama, saya ingin mendidik diri saya sendiri agar sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi individu yang lebih baik. Yang lebih penting ialah kita tahu tujuan kita, kita tahu siapa diri kita dan kita tahu di mana kedudukan kita.

Saya adalah hamba ALLAH, hidup dan mati saya hanyalah untuk ALLAH.....setiap yang saya lakukan di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan ALLAH. Saya harap ALLAH akan memberkati setiap apa yang saya lakukan. Amiiin...