Aiyaa....hari tu janji nak tempek gambar2 masa cuti kat KK, Sabah tapi sampai sekarang tak de pun.....
Nantilah, bila ada waktu yang betul3 free, saya akan tempekkan.
Tapi untuk n3 kali ni saya nak cerita pasal rumah saya yang dah 2x dimasuki pencuri dan yang terkini, hampir-hampir pula dimasuki sekali lagi. Yang mengerikan adalah kali ni kami sekeluarga ada kat rumah, sedang tidur dan anggaran masa pencuri tu nak masuk adalah dalam pukul 12.15mlm -12.30 malam. Bayangkan....saya dan keluarga baru saje masuk ke bilik tidur dalam pukul 11.35 mlm selepas menonton tv.
Ya ALLAH...saya bersyukur kerana ALLAH masih melindungi kami sekeluarga pada malam tu. Kami hanya sedar perkara ni pada keesokan harinya apabila suami dapati mangga di pintu grill dapur telah dipotong, pintu grill dapur terbuka dan yang paling menakutkan ialah tempat kunci di pintu kayu telah pun ditanggalkan. Mereka menggunakan pemutar skru untuk membuka keseluruhan tempat kunci.
ALHAMDULILLAH....disebabkan dah serik dengan kejadian-kejadian pecah masuk yang sebelum ni, suami saya dah pasang selak-selak dari dalam rumah (sebagai kunci tambahan) di setiap pintu rumah kami. Dan walaupun si pencuri durjana tu dah bukak kesemua kunci, dia tak dapat nak tolak pintu tu. Pencuri durjana tu pun cuba mengintai ke dalam rumah kami dengan membuka sekeping tingkap kaca di dapur kerana sekeping tingkap tu dah tertanggal. Memang ngeri bila saya ingatkan ada orang asing yang sangat jahat berada di dalam kawasan rumah kami.
Nasihat saya buat para suami, para bapa...keselamatan keluarga adalah tanggungjawab anda. Carilah masa untuk tambahkan selak-selak di belakang pintu rumah sebagai langkah keselamatan tambahan untuk keluarga anda. Kalau mampu pasanglah alarm. Pencuri sekarang ni sangat berbahaya dan kejam. Agaknya mereka ni dah tak ada hati dan perasaan lagi. Dan saya yakin kebanyakan dari mereka adalah para penagih dadah yang terlampau tertekan hendak mendapatkan bekalan dadah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.
Disebabkan itulah kita kena memerangi dadah berhabis-habisan. Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jagalah anak-anak kita dan didiklah mereka sebaik-baiknya sejak dari kecil lagi. Sentiasalah dendangkan mereka dengan alunan ayat-ayat Al-Quran dan isilah dada mereka dengan ilmu agama yang secukupnya. Satu lagi....takutkan mereka secukup-cukupnya tentang bahayanya merokok dan dadah. Sebagai ibu bapa, sentiasalah mendoakan kebaikan anak-anak kita setiap kali selepas solat atau di mana-mana sahaja ketika kita teringat. Jangan sesekali kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok terhadap anak-anak kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu-bapa adalah satu doa. Anak-anak sewaktu kecil, memang kita tak dapat kawal kenakalannya, ada yang tidak mendengar kata....tetapi tolonglah..jangan sesekali kita kecewa terhadap mereka atau kata "menyampah" terhadap mereka. Mereka adalah darah daging kita, penawar hati kita, cinta hati kita.....mereka juga tanggungjawab yang ALLAH berikan kepada kita. Sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita dan saya yakin kalau kita ikhlas, ikatan kasih sayang kita akan sentiasa mengiringi mereka sehingga mereka dewasa. Saya juga pasti, ibu-bapa yang penyayang akan pasti disayangi oleh anak-anak mereka sampai bila-bila.
Saya juga berharap putera kesayangan saya akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan menyayangi kami sebagai kedua ibu bapanya sehingga akhir hayat kami. Aminn...
Saya update cerita-cerita saya di : http://anidaonestophouse.blogspot.com/ Jumpa anda di sana ye....
Tuesday, February 9, 2010
Tuesday, February 2, 2010
Kisah cuti-cuti
sebenarnya last week saya dan family pergi jalan-kalan ke Kota Kinabalu selama 5 hari. Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati. gambar2 pun banyakkk....sampai terfikir2 nak cuci ke tak atau simpan saja kat laptop. Itulah, masa bergambar tak ingat dunia, satu langkah jalan ambik gambar, satu langkah jalan bergambar lagi. Macam2 posing. tengah makan, tengah minum, tengah senyum, tengah menung...hahahaa....giler glamour betul. Tapi itulah yang sepatutnya kita lakukan kan bila bercuti kerana memori di fikiran kita makin lama makin pudar....hanya gambar2 ni saja yang akan mengekalkan keindahan yang kita alami semasa bercuti tu kan. So...ok. nak tak nak, mahal ke murah, saya akan cuci gambar2 tu sebab rasa macam tak selamat jugak kalau simpan dalam komputer. mana tahu kena virus ke atau terdelete file tu ke....uwaaaa....memang menangis tak berlagu lah saya sebab saat2 yang berlaku tu bukannya boleh berulang2 semula kan. So...adios untuk waktu ini. next entry saya akan postkan cerita2 menarik pasal percutian saya untuk dikongsi bersama. Bai-bai...
Apa dah jadi ni!!!!!
Tak tahu lah kenapa....rasa malassss.... jek. Banyak benda nak buat sebenarnya tapi malassss.....jek. Hisshhh, teruk betullah. Pasal novel...dah nak siap sebenarnya. Permulaan dah ada, penutup cerita pun dah ada....sekarang ni tengah buat cerita tengah2....rasa nak habiskan dah tapi bermacam2 peristiwa pulak yang timbul sehingga ia meleret2 dah tak jumpa lagi simpang untuk ke penutupnya yang masih setia menunggu. Hahaha....bengong betul kan. Itulah namanya idea...sepatutnya kita kena bersyukur sebab semasa menulis kita dapat idea untuk memanjangkan lagi cerita tu. dan itu jugaklah yang sering didoakan. Ok...sorry...my fault...segala rungutan di atas adalah kerana kesilapan diri sendiri....syukur ALHAMDULILLAH di atas segala rahmat dan kurniaan yang ALLAH beri kepada saya selama ni. lepas ni tak nak merungut lagi. Harap2 dalam minggu ni saya boleh end up the story dan hantar pada editor untuk dinilai. Hopefully...aminnnn...
Coret-coret -percutian di Kota Kinabalu, Sabah.
Saya baru saja balik dari percutian di Kota Kinabalu, Sabah. Saya sekeluarga pergi dari 23-27hb Januari yang lepas (gambar2 nanti saya letakkan). Perancangan nak bercuti ni dibuat sejak bulan October tahun lepas. Masa tu saya saja survey tiket tambang murah yang ditawarkan oleh Air Asia dan harga yang ditawarkan memang murah. (ye lah...kami bertiga saje). So...pejam celik, pejam celik...masa yang ditunggu-tunggu tiba jugak.
Dari Ipoh, saya dan keluarga naik bas Yoyo yang bawak kami terus ke LCCT, KL. Naik bas dari Ipoh pukul 4.30 pagi dan sampai ke KL lebih kurang pukul 8.30 pagi. Flight pulak pukul 11.15 pagi. Huhh...lama lagi tu. So...makan2, dan lepak2 je kat LCCT.
11.15 pagi - flight bertolak dari LCCT dan sampai ke KK pukul 1.45 tghri. So, seperti biasa, lepas turun dari flight, tunggu bagasi dan kemudian menghala ke pintu keluar. Percutian kali ni kami plan semuanya sendiri. Fikir2 kan, apa nak takutkan sebab masih dalam Malaysia kan. Memang saya survey habis2an tempat2 menarik di Sabah untuk dilawati dalam 4 hari ni.
Kami beli tiket teksi di kaunter tiket di hadapan pintu masuk ke airport. Tambang dia standard jek. RM 30.00 untuk satu teksi sampai ke hotel. Di Kota Kinabalu, saya menginap di Hotel Cititel Express. Semuanya saya booking secara online. Sewa bilik untuk satu malam adalah RM120.00. (promosi untuk pembukaan baru saja)...sekarang saya tak sure. Rating yang saya bagi untuk hotel ni ialah ** bintang saje sebab bilik dia terlalu kecik sampai tak ada ruang untuk kita duduk di lantai. Saya memang bengang sangat dengan keadaan bilik tu, dan pada hari yang sama memang ramai yang komplen tambah2 yang ada bawak anak kecik dan parents. So....nasihat saya, carilah hotel lain yang lebih selesa sebab kita nak bercuti so, semua perkara mestilah menyenangkan hati kita kan. Mula2 suami bising jugak, tapi bila difikirkan malas dah nak pening2 kepala cari hotel lain dan kemas barang, kami pejamkan mata sajalah. Terpaksalah bersesak2 sepanjang 2 hari tu. Dan lagi satu yang tak puas hati ialah mereka tak sediakan kettle dalam bilik. Kita kena keluar ke bilik pantri di sebelah lif untuk dapatkan air panas. Bayangkan kalau tengah2 malam anak2 kecik menangis nak susu ke, tentu kena keluar dari bilik...macam seram je kan. Ohh...lupa. ada satu lagi yang saya nak komplen..that is the toilet. Saya cukup marah kalau tak de paip air sebelah toilet bowl. We are in the country where the majority of us is Muslim...we have to wash everytime we go to the toilet....susah la macam ni. kalau you tak nak letak paip air, at least sediakan gayung dan baldi. Untuk pengurusan hotel Cititel, please do something.....
Okey, enough about the hotel. Saya cerita pasal tempat-tempat yang kami lawati di sekitar KK pulak. Only on 2nd day baru kami betul2 berjalan la sebab 1st day tu mcm letih jek and kereta pun tak de. memang patah kaki.... On 2nd day, kami sewa kereta. The owner sent the car and we rent it fo 4 days and paid RM450.00. Haa...lepas tu lega sebab boleh duduk dan round2. Kami pergi Muziam Islam Sabah, tengok Menara Atkinson dan pergi ke tempat di mana kita boleh tengok permandangan di sekitar pekan KK. Selepas tu, kami pergi ke Monsopiad Cultural Village. Nak masuk sini kena bayar RM45 (dewasa) dan RM15 (kanak2). Hmmm...rasa mcm agak mahal..tapi rasa macam rugilah kalau tak masuk sebab bila kita bercuti, selain untuk merehatkan fikiran, mengeratkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kasih sayang, kita juga nak mempelajari cara hidup dan budaya sesuatu masyarakat di tempat tu kan. So...di sinilah tempat yang paling sesuai. Kat dalam ni, dalam masa lebih kurang 2 jam, kami dibawa melawat serta diberi penerangan tentang budaya hidup masayarakat Kadazan. Mereka mengekalkan adat budaya masyarakat Kadazan dan kami juga masuk rumah tengkorak. Tapi sebelum masuk rumah tengkorak tu, kami dipersembahkan dengan beberapa tarian tradisional kaum2 di Sabah. Dan yang paling best of course tarian buluh. Anak saya, Nazrin pun turut sama mencuba apabila dipanggil ke atas pentas.
So, berbalik ke rumah tengkorak tadi, kat dalam rumah tu memang ada digantungkan tengkorak asal...iaitu kepala musuh yang dipenggal oleh pahlawan mereka bernama Monsopiad. Di keliling tengkorak tu digantung dengan daun2 kering yang dipanggil "hisat" yang bertujuan untuk mengelakkan roh2 jahat dari tengkorak tu keluar....(ingat2 lupa...tapi lebih kurang mcm tu la).
Lepas masuk rumah tengkorak tu, kami dibawa pulak melawat ke rumah asal kaum Kadazan, then diberi peluang mencuba beberapa permainan tradisional mereka seperti menyumpit, dan melastik. Haa...yang ni paling best. Mereka juga tunjukkan kami ulat sagu yang diambil dari dalam batang pokok sagu. Kami juga disuruh untuk mencuba kelazatan ulat sagu tu....ya ALLAH...ulat tu montok2 betul...den tak lalu....tapi ada beberapa pengunjung yang bersama kami ada cuba untuk makan. Yang sorang tu, beria-ia ambik gambar ulat sagu tu kat dalam mulut. Tapi bila lepas bergambar terus diludahkan semula ulat tu. Ye lah..this is not our culture kan, of course kita tak sanggup nak makan. But for them, ulat tu memang sedap.
After dah penat pusing2 dalam Monsopiad Cultural Village tu, kami pun terus balik hotel sebab jam pun dah tunjukkan pukul 6 lebih. Penat woo...dari pukul 9 pagi keluar hotel, sampai petang baru balik hotel semula. Malam pulak sibuk2 kemas/packing barang2 semua. Nasib baik ada kereta, so semua souvenir yang beli kat Gaya street dan Filipines market tadi just lempar jek dalam kereta. Oppppsss.....baru saya teringat. Saya terlupa nak cerita yang kami jugak ada pergi ke Pasar Filipina dan Pasar Minggu di Gaya Street. Di Pasar Filipina, kebanyakan dari mereka jual pelbagai aksesori, manik2 dan kraftangan tradisonal. Memang banyak betul aksesori manik2 dan kristal. Syokkkk...saya sukeeee sangat benda2 mcm ni. Nasib baik saya tak bawak duit banyak2 sangat masa pergi sini, kalau tak memang habislah jawabnya. Lepas penat2 pusing kat Filipines market, kami minum air kelapa kat gerai area2 situ jugak.
Then after that je kami pergi ke Gaya Street-salah satu pasar minggu terbesar di KK. Pasar ni cuma ada pada hari Ahad jek. Panjang betul pasar ni and we manage to cover it all. Macam2 jualan ada dan sekali lagi saya nampak banyak aksesori wanita dari kristal dan manik2 yang dijual.
So...kesimpulannya saya puas hati sebab segala tempat yang saya nak pergi di pekan KK saya dapat pergi.
So..the next hotel is Kinabalu Pine Resort di Kundasang. Next post okey. Chawww dulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)