Sunday, January 10, 2016

Dugaan dan cabaran tahun baru 2016

Assalamualaikum dan selamat pagi... Tahun baru 2016 baru sahaja beberapa hari menjenguk dan menyelak tirainya. Sepertimana semua orang yg menanam azam tahun baru, begitu juga saya dan sudah tentu azamnya adalah supaya tahun ini menjanjikan sesuatu yg lebih baik dan bermakna dari tahun2 yg lepas kan. Namun kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah s.w.t yang sudah tentu dan pasti kejadiannya. Allahuakbar...Maha Suci Allah yang Maha Hebat dan Berkuasa mengaturkan semua yang berlaku. Rasanya tahun 2016 ini adalah tahun yang betul2 memberikan cabaran dan dugaan yang hebat, bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada seluruh keluarga saya. Apa2 pun...siapalah kita untuk menidakkan takdirNya. Semua ujian yang diturunkan adalah rahsia Allah....kita tidak tahu kenapa. Sudah pasti Allah mahukan kita supaya sentiasa bermuhasabah diri....merenung kembali ke belakang....dan menginsafi atas kesalahan2 yang mungkin telah kita lakukan samaada secara sedar atau tidak. Semoga ada sinar di kemudian hari...semoga dugaan ini tidak berpanjangan. Semoga di sebalik dugaan ini tersembunyi seribu kerahmatan buat kami sekeluarga. Aamin Ya Rabbal Alaminn.

Thursday, June 28, 2012

pindah blog

Salam buat semua pengunjung blog saya....oleh kerana saya dah create dua blog dan memang susah nak mantain kedua-duanya, oleh itu saya membuat keputusan untuk gunakan 1 blog sahaja iaitu http://anidaonestophouse.blogspot.com/. oleh itu tuan/puan semua boleh refer ke blog saya tersebut sekiranya nak tahu cerita-cerita saya ya....tq

Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah.....Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Eh eh, bersyukur bukan sebab saya dah tak perlu berlapar dahaga, tetapi bersyukur kerana ALLAH (swt) telah memberikan saya kesabaran dan peluang untuk menghabiskan tuntutan Rukun Islam ini.

Tidak ada sesiapa dari kita yang dapat memastikan bahawa kita akan dapat menikmati dan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini kan. Jadi, peluang yang ada setahun sekali ini patut kita gunakan sebaiknya untuk menambahkan amal ibadat kita.

Okeylah....Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu di rumah ini. Jika ada mana-mana tulisan saya telah mengguris hati tuan2 dan puan2, saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari dan memohon ampun dan maaf seikhlas hati. Sesungguhnya sikap sentiasa meminta maaf dan memaafkan orang lain adalah antara sikap terpuji yang amat dituntut oleh agama kita.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN....

Sunday, August 14, 2011

Poster Terbaru Alaf 21-Trionovel Bulan Ogos, 2011




Ini adalah poster Trionovel bagi bulan Ogos, 2011. Novel Usah Menangis Sayang termasuk dalam keluaran bulan Ogos ini. Rasa begitu teruja apabila terima sms dari editor memaklumkan bahawa novel UMS telah dipamerkan di FB Alaf 21. Dan kali pertama tengok novel ni, perasaan yang bermain di hati...mcm2. Bersyukur, gembira, teruja, sebak pun ada sebab berjaya juga saya menyiapkan novel ini walaupun ia mengambil masa agak lama untuk diterbitkan. Walaubagaimanapun, saya suka dengan hasilnya.

Saya harap para peminat novel, khususnya pembaca setia Novel Alaf 21 akan memberi sokongan kepada saya sebagai seorang penulis yang masih baru supaya saya lebih bersemangat untuk terus menulis di masa akan datang. Jika ada idea atau pendapat2 yang baik yang boleh saya gunakan di dalam novel2 akan datang, saya harap pembaca sudi berkongsinya dengan saya ya.