Alhamdulillah.....itulah ungkapan pertama yang terbit di bibir saya tatkala menyelak mukasurat pertama novel yang baru diterima semula dari pihak Alaf 21. Mula-mula pelik juga apabila bungkusan berwarna putih itu tiba ke meja saya kerana langsung tidak menyangka bahawa itu adalah novel-novel saya setelah dicetak kali ke-2. Perasaan saya...sesungguhnya bersyukur dan terharu. Alhamdulillah sekali lagi...dan terima kasih juga kepada peminat-peminat Novel Alaf-21 yang telah membeli novel-novel saya sebelum ini. Kepada blog-blog dan laman sesawang yang ada menitipkan komen dan pujian kepada novel Sandaran Hati, terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda. Walau kita tidak bersua muka, namun coretan anda semua amat dekat di hati saya. Diharap anda semua akan terus memberi sokongan kepada novel ke-2 saya, insyaALLAH......
Salam kasih dari alam maya,
Aini Marisha
Saya update cerita-cerita saya di : http://anidaonestophouse.blogspot.com/ Jumpa anda di sana ye....
Friday, February 13, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Wednesday, January 7, 2009
Bicara tentang novel
Alhamdulillah sekali lagi.....setakat ini review yang saya terima tentang novel "Sandaran Hati" amat baik. Rata-rata dan secara purata ramai pembaca yang menggemarinya. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menulis review dan memberi komen mengenai novel SH di dalam blog dan forum-forum yang mereka masuki. Terima kasih sekali lagi. Komen anda semua amat saya hargai dan ia banyak menaikkan semangat saya semula untuk terus menulis. Dan, saya baru sahaja menghantar manuskrip kedua ke Alaf 21 untuk dinilai. Harap-harap mereka akan menerimanya.
Selamat Tahun Baru 2009
Alhamdulillah....bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur lagi untuk terus merasa kebahagiaan hidup di dunia ini. Alhamdulillah juga kerana saya diberi peluang lagi untuk terus berkarya walaupun rasanya kerja-kerja di rumah dan pejabat semakin sibuk. Selamat Tahun Baru semua....walaupun agak terlambat namun masih di bulan Januari kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
