Thursday, November 19, 2009

Plagiat jugak...tapi apa salahnya kan kalau benda ni baik...

Catatan seorang hamba Allah:
Untuk sepupu saya Ima....kak ida pun copy jugak cerita ni ye.

Saya yang sememangnya cukup cepat tersentuh dengan kizah-kisah yang melibatkan anak-anak yatim atau orang-orang tua yang terabai, memang merasa amat sebak serta menitis air mata apabila membaca kisah ni. Saya harap kisah ini akan dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca agar mereka mencontohi sikap kanak-kanak tersebut. Rezeki ALLAH begitu banyak di bumi ini dan untuk mendapatkannnya kita perlu berusaha dengan gigih dan bukannya hanya menunggu dan mengharap begitu sahaja. Jauh di sudut hati, saya teringin hendak bertemu dengan kanak-kanak tersebut....siapakah dia agaknya ye.

Bacalah kisah di bawah....

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk,
saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk
Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di
pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki
berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik....Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia
berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma
setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih
sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak
cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu
pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu
pelanggan.

Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya
melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman,

saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak
jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak
tadi berdiri di tepi kereta. Dia meng hadi ahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih
saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan
menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan
bersahaja.

Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan
menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya. "Ambil
ni dik! Abang sedekah.... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata
ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu
menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan
kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit
tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis.. Kata mak kita mesti
bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada
saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan
jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang
yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma
ngangguk. lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!" Selepas
dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan
RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya.
Anak yatim kah?? Siapakah wani ta berhati mulia yang melahirknya? ?
Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar
kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan
kerjayanya satu penghormatan.

No comments: